SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NOOR ZAMZURAIDA BINTI NOORDIN
Di Singapura, rekabentuk perumahan pangsa mesra gender yakni di aras bawah terdapat pelbagai kemudahan seperti Nurseri Kanak-kanak dan Warga Emas.
a) Bagaimanakah implementasi konsep mesra gender perumahan di Negeri ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN SAIDATUL NADZIRAH BINTI SAIDIN
Mempertingkatkan penglibatan belia di setiap kadun di negeri Pulau Pinang.
A. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan penglibatan belia?
B. Senaraikan belia yang menjadi Pegawai Khas Adun?
C. Berapakah jumlah belia wanita dan berikan pecahan gender?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN JAWI PUAN KALIAMMAL R SANTHAREN
Sekarang musim hujan, apakah langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri setakat ini untuk mencegah pokok tumbang dan cerun runtuh di jalan lereng bukit di sekitar Pulau Pinang? Nyatakan kawasan terlibat, rancangan penyelesaian jangka panjang dan tarikh jangka siap untuk setiap kawasan tersebut.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN NURUL AINA BINTI JAMALUDDIN
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang mengawal selia dan membimbing koperasi melalui kursus- kursus dan latihan di peringkat negeri.
A. Apakah modul yang digunakan oleh kerajaan negeri serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang dalam kursus-kursus dan latihan diadakan bagi memastikan keberkesanan koperasi tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN GOH SIEW KIM
Nyatakan secara terperinci bantuan dihulurkan semasa PKP & PKPP dalam RM dan peratusan setiap kawasan di Pulau Pinang.
A. Senaraikan kategori yang menerima manfaat ini dalam RM dan peratusan. Contohnya warga emas, dan lain-lain.
B. Nyatakan peratusan mengikut kaum
C. Nyatakan terperinci dalam RM dan peratusan pelan-pelan peruntukan yang akan dijalankan sampai 31 Dec 2020.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN SALMAH BINTI JAFFAR
Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan, terutama sektor kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan dalam membantu ke arah perkembangan ekonomi negara.
A. Apakah inisiatif keusahawanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak pandemik Covid-19 melanda?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN ZURAINI BT MAT ZAIN
Apakah perubahan yang dilakukan ke atas perkhidmatan CAT sejak pandemik CoVid-19 bermula di DUN Sg Bakap?
A. Apakah usaha yang dilakukan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan CAT?
B. Perkhidmatan CAT mendapat sambutan dingin di sesetengah kawasan. Terangkan kadar kerugian ditanggung oleh kerajaan akibat khidmat CAT tidak mendapat sambutan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN AIMAN FASHEHAH BINTI AHMAD
Pembuangan sisa-sisa kumbahan mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar. Sisa-sisa buangan ini adalah daripada kilang-kilang haram yang beroperasi. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dalam menangani isu kilang-kilang haram bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG PUAN LEONG PHUI KWAN
GRPB dilaksanakan untuk mendukung Dasar Keterangkuman Gender.
A. PWDC merupakan agensi kerajaan negeri, mengapa ia tidak menerapkan Dasar Keterangkuman Gender dalam Ahli Lembaga Pengarah?
B. Penjelasan keberkesanan program GPRB berbanding peruntukan dan tempoh masa mencapai komposisi 40:40:20?
C. Cadangan jika agensi dan jabatan kerajaan negeri gagal memenuhi kuota pada masa yang ditetapkan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN NURLIYANA BINTI MOHD RAMZI
Memandangkan bahawa kerajaan kini sedang menilai semula kadar cukai taksiran rumah untuk tahun hadapan.
a) Adakah Kerajaan Tempatan MBSP dan MBPP akan meluaskan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan perparitan, jalan, sisa pepejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam kepada kawasan bandar dan luar bandar?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN MAIMUN BANU BINTI MOHD HUSSIN
Setiap tahun terdapat kes akibat penyakit bawaan makanan dimana tahun ini COVID-19 telah menerajuinya. Sila huraikan bagaimana menjadikan system makanan lebih lestari, dari segi keselamatan dan jaminanya di ketika wabak COVID-19 ini?
A. Jelaskan secara teperinci tindakan-tindakan yang telah diambil?
B. Sila berikan perbanding tahun sebelum 2008 dan selepasnya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN SITI HUMAIRA BINTI MOHAMED YASIN
Jumlah pelajar tahun 2019 yang memilih aliran pendidikan STEM telah menurun.
A. Jelaskan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemahiran serta minat pelajar terhadap STEM dalam kalangan pelajar sekolah khususnya wanita.
B. Apakah impak program-program yang telah dijalankan Kerajaan Negeri untuk memenuhi keperluan pasaran kerja semasa dalam bidang sains dan teknologi?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN SITI FARI HAH BINTI ZONOL
Bagaimanakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terutama TVET dalam membendung isu pendidikan secara konvensional yang tertangguh disebabkan unjuran pandemik 'Convid 19' dan kini beralih literasi pendidikan maya (ICT) yang menjurus tekanan kesiapsiagaan seorang Guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau Perlaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara atas talian?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN MANDY LEOW ZHIA HOOI
Pulau Pinang telah melahirkan atlet-atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
A. Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.
B. Apakah bentuk-bentuk skim kebajikan yang disalurkan kepada atlet melalui portfolio Belia dan Sukan Negeri.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN MARINA BINTI MOHD NOOR
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan di bawah Program Bantuan Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2020?
A. Berapa peratuskah pecahan peruntukan diagihkan mengikut jenis SAR?
B. Apakah kriteria yang digunapakai bagi mengukur pembahagian keperluan mengikut jenis SAR?
C. Nyatakan perincian cara pelaksanaan untuk membelanjakan peruntukan berkenaan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN DZULLIJAH BINTI IBRAHIM
Berapakah jumlah pelaburan modal domestik dan asing bagi projek pembuatan yang diluluskan mengikut industri bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2020? Industri manakah yang terkesan apabila berlaku pandemik COVID-19 serta apakah tindakan dari Kerajaan Negeri?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN CHERISH CHEE LYE YUNG
A. Apabila pangsapuri-pangsapuri siap dibina, apakah rancangan kerajaan dan langkah diambil untuk memastikan keadaan fizikal, persekitaran dan keselamatan pangsapuri ini dijaga dengan baik?
B. Jumlah penghuni baru di kawasan pembinaan semula akan bertambah, apakah rancangan kerajaan untuk merangkumi kemudahan penjagaan kanak-kanak dan warga emas di persekitaran supaya tiada yang golongan yang ketinggalan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN NOOR AZUAWATI BINTI AHMAD
Produktiviti dan ekonomi rakyat atau tenaga buruh di seluruh negeri merudum selepas COVID-19 menyerang.
A. Berapakah jumlah penganggur sekarang berbanding sebelum COVID-19 menyerang?
B. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti tenaga buruh?
C. Adakah usaha-usaha tersebut berkesan pada semua tenaga buruh di Pulau Pinang?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN KHEW EE HUNG
Wanita pada umumnya memperoleh gaji yang lebih rendah daripada lelaki. Oleh itu, sila:
A. Nyatakan aktiviti dan rancangan untuk mendorong dan melibatkan wanita bekerja sambilan dalam pekerjaan sepenuh masa, dan wanita yang tidak kerja bekerja.
B. Nyatakan program keusahawanan yang sedia ada dan yang akan datang untuk wanita.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN KANG EU SIAH
Apakah perancangan yang melibatkan MPKK untuk memperkasa komuniti seperti dalam kalangan pelajar-pelajar, warga emas sebagai tempat berkomunikasi antara satu sama lain mengenai kerja rumah, belajar lukisan, menanam herba ataupun kafe yang boleh bersantai
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN SYAHIFAH HAWA BINTI ZAMZURI
Pembangunan Luar Bandar dan Pinggir Bandar yang ketinggalan/tidak seimbang dalam aspek pembangunan Negeri.
A. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk jangka pendek, sederhana dan panjang?
B. Bagaimakah kerajaan negeri boleh menggunapakai konsep daripada nelayan untuk mewujudkan Nelayan Urban atau Marin Pelancongan?
C. Adakah kerajaan negeri bercadang memberi lesen pendudukan sementara(LPS) kepada nelayan pantai?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN BERINE LOO GAIK SIM
Pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang amat bergantung kepada sektor perkilangan dan pembuatan. Apakah perancangan kerajaan negeri dari segi penggunaan tanah dalam menyediakan taman-taman industri yang baru.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN TAN TEEN CHOO
Huraikan peratusan statistik ibu tunggal yang diceraikan dan yang kehilangan suami akibat kemalangan atau meninggal dunia kerana berpenyakit.
A. Apakah Kerajaan Negeri boleh membantu menambahkan peruntukan kepada ibu-ibu tunggal?
B. Apakah Kerajaan Negeri boleh membantu dalam kes penceraian untuk mendapat pampasan nafkah yang adil bagi pihak wanita?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN KS.PAKYALAKSHMI A/P SUBRAMANIAN
Apakah penyelesaian bagi tempat ibadat yang tidak berdaftar serta apakah perancangan agar semua untuk memdaftarkan tempat ibadat ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN CHE FARAH BINTI CHE ROSLAN
Senaraikan program- program pembangunan dan jaringan kerjasama strategik Kerajaan Negeri untuk komuniti setempat yang melibatkan golongan wanita serta keluarga. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan sosial yang mampan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN JAMILAH BEGAM BT MOHAMAD NAGORGANI
Surat Khabar Buletin Mutiara merupakan akhbar rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
A. Berapakah perbelajaan terbitan Buletin Mutiara (dalam setahun)?
B. Berapakah peratusan pembaca media cetak dan terbitan secara online Buletin Mutiara bagi tahun 2019?
C. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan peratusan rakyat Pulau Pinang yang membaca Buletin Mutiara?"
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN DR WAN NOR BINTI HASSAN
Semua maklum Pulau Pinang mempunyai banyak bangunan- bangunan yang bersejarah, adakah undang- undang khas yang ditetapkan bagi memastikan tinggalan-tinggalan sejarah ini terpelihara untuk generasi akan datang.
A. Badan manakah yang bertanggung jawab memastikan keadaan bangunan dan tinggalan sejarah ini sentiasa dijaga dengan baik dan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Mutiara
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JEREJAK PUAN GOH HUEY EE
Kerajaan mengalakkan pengunaan e-wallet dan dalam pandemik Covid-19 ini, penggunaan e-wallet meningkat dan digunakan lebih meluas. Bilakah penggunaan e-wallet akan diperkenalkan sebagai satu kaedah pembayaran di dalam sektor kesihatan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN NUR HASANAH BINTI AHMAD AKHIR
Pulau Pinang terkenal sebagai 'food Paradise'. Sila huraikan langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam mempromosikan street food Pulau Pinang untuk pelancong antarabangsa?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN SAIDATUL NADZIRAH SAIDIN
1. Apakah rancangan EXCO dalam merancakkan lagi penglibatan belia di setiap kawasan dun di negeri Pulau Pinang.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NOOR ZAMZURAIDA BINTI NOORDIN
Kerajaan Negeri telah mensasarkan 18,000 unit perumahan sewa beli (Rent To Own) dibawah Gagasan Penang 2030.
A. Sila perincikan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu masalah perumahan bagi golongan Ibu Tunggal dibawah Gagasan Penang 2030.
B. Sila kemukakan senarai terperinci golongan Ibu Tunggal yang mendapat faedah daripada Skim 'Rent To Own' Kerajaan Negeri.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN JAWI PUAN KALIAMMAL R SANTHAREN
1. Sila nyatakan infrustruktur yang disediakan untuk mempermudahkan warga kurang upaya (berkerusi roda) berurusan di pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
2. Apakah yang telah disediakan setakat ini dan di mana, jika tiada, apakah rancangan masa depan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN NURUL AINA BINTI JAMALUDDIN
Senaraikan semua koperasi yang ada di Pulau Pinang.
A. Siapakah yang mengawal koperasi-koperasi ini?
B. Siapakah yang memelihara kepentingan ahli-ahli koperasi ini?
C. Bagaimanakah kerajaan negeri menggalakkan pembangunan keusahawanan
selain melalui koperasi?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN GOH SIEW KIM
Nyatakan terperinci bantuan dihulurkan semasa PKP & PKPP dalam RM dan peratusan setiap kawasan kepada NGO-NGO.
A. Nyatakan cara-cara/kelayakan NGO-NGO untuk memohon di kawasan masing-masing.
B. Nyatakan pelan-pelan terperinci yang akan dijalankan bersama NGO-NGO setempat sampai 31 Dec.
C. Nyatakan peruntukan RM yang telah diberi dan akan datang khas untuk wanita setiap kawasan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN SALMAH BINTI JAFFAR
Apakah langkah-langkah ataupun tindakan kerajaan negeri terhadap graduan univesiti yang mengangur kearah menjadi usahawan yg berjaya?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN ZURAINI BINTI MAT ZAIN
Perkhidmatan feri adalah juga satu tarikan pelacong di Pulau Pinang. Apakah usaha yang telah dilakukan bagi menaik taraf perkhidmatan Feri Pulau Pinang supaya dilihat seiring dengan pembinaan dan kecanggihan Terminal Penang Sentral?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN AIMAN FASHEHAH BINTI AHMAD
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak negeri bagi masalah pengairan bagi sisa kumbahan penternakan khinzir di Perkampung Valdor?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN NURLIYANA BINTI MOHD RAMZI
Berapakah jumlah gerai atau premis yang telah dibina sepanjang lima tahun kebelakangan ini bagi membantu penjaja dan peniaga kecil?
A. Sila nyatakan juga berapakah jumlah gerai peniaga yang telah diroboh atau dirampas melalui tindakan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN MAIMUN BANU BINTI MOHD HUSSIN
Sila jelaskan dan huraikan bagaimana agroteknologi yang telah diimplikasikan di Pulau Pinang telah membantu petani petani di sini?
A. Bentangkan peratusan petani yang bermanafaat
B. Kawasan kawasan yang mengaplikasikan agroteknologi ini
C. Kebaikan dan keuntungan yang diperolehi
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN SITI HUMAIRA BINTI MOHAMED YASIN
Karnival STEM Negeri Pulau Pinang telah membawa manfaat kepada para pelajar.
A. Adakah karnival seperti ini masih akan dilaksanakan ataupun Kerajaan Negeri mempunyai alternatif baru ekoran penularan COVID-19 yang sedang melanda negara.
B. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menggalakkan syarikat multinasional/tempatan tampil ke hadapan untuk menyokong acara yang berkaitan STEM?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN NUR HASANAH BINTI AHMAD AKHIR
Huraikan tindakan Kerajaan Negeri dalam merancang dan mengendalikan aktiviti untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi tempat pelancongan bagi pelancong tempatan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN MANDY LEOW ZHIA HOOI
Inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Sports For All untuk menggalakkan rakyat bersukan sangat disanjungi. Kebanyakan pusat gimnasium adalah usaha pihak swasta yang mengenakan caj yuran.
A. Adakah Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan mempunyai pusat gimnasium sendiri? Senaraikan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN BERINE LOO GAIK SIM
Sila senaraikan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Pulau Pinang pada tahun 2018, 2019 dan 2020 secara terperinci.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG PUAN KRISTINE LEONG PHUI KWAN
Gangguan seksual sentiasa berlaku dan melonjak semasa MCO. Akta Pekerjaan XVA 1955 hanya memberi perlindungan gannguan seksual di tempat kerja. Kanun Keseksaan Akta 574 (Seksyen 509) hanya merangkumi bentuk fizikal gangguan seksual.
A. Sila huraikan jika ada rancangan “stand alone act” dan apakah langkah membendung masalah ini kerana jumlahnya semakin meningkat.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JEREJAK PUAN GOH HUEY EE
Kerajaan Negeri komited sediakan infrastruktur pintar ke arah transformasi digital, apakah inisiatif yang diambil untuk membangunkan transformasi digital di sektor kesihatan terutamanya rekod pesakit?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN CHERISH CHEE LYE YUNG
A. Selepas pemasangan CCTV dengan fungsi video analitik, apakah tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas pemandu yang melanggari undang-undang jalanraya seperti potong queue, pusingan-U yang haram, memandu lawan arah, walaupun tidak melibatkan kemalangan?
B. Sila nyatakan secara terperinci status pemasangan CCTV yang terkini serta lokasi-lokasi yang telah siap dipasang.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN JAMILAH BEGAM BINTI MOHAMAD NAGORGANI
A. Apakah langkah keberkesanan Kerajaan Negeri untuk menarik minat anak muda untuk membaca Buletin Mutiara?
B. Nyatakan pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan secara dalam talian dapat memberi pendedahan berkenaan kepentingan menangani Covid19 dari merebak?
C. Adakah sebarang perancangan untuk membina aplikasi telefon bimbit supaya kemaskini data Covid-19 dapat disebarkan dengan cepat dan tepat kepada penduduk Pulau Pinang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN DZULLIJAH BINTI IBRAHIM
Apakah inisiatif kerajaan negeri dalam meningkatkan imbangan dagangan Pulau Pinang supaya lebih berdaya saing dan memberi impak yang besar kepada rakyat Pulau Pinang khasnya?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN KHEW EE HUNG
Sempena Penang Vision 2030 dan SDGs dengan tidak meninggalkan sesiapa pun, untuk menjaga kebajikan warga tua dengan kesukaran pergerakan dan orang kurang upaya:
A. Nyatakan rancangan dan penunjuk dalam memperkasakan komuniti, mengurangkan ketaksamaan, dan melibatkan mereka dalam komuniti.
B. Nyatakan rancangan dalam binaan boleh diakses untuk menjadi bandar benar-benar pintar.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN MARINA BINTI MOHD NOOR
Isu perceraian di kalangan umat Islam di Pulau Pinang.
A. Mohon senaraikan statistik terkini perceraian mengikut daerah. Bagaimanakah usaha JHEAIP dalam permasalahan ini?
B. Sila huraikan program kaunseling keluarga oleh JHEAIPP.
C. Bagaimanakah usaha JHEAIPP dalam isu nafkah anak dan hadanah dari sudut kebajikan ibu?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN CHE FARAH BINTI CHE ROSLAN
Adakah kita menyediakan Tabung Khas Wanita Pulau Pinang, dari Yang Berhormat-Yang Berhormat Wanita, PWDC (Penang Women Development Corporation) bagi bantuan kilat untuk wanita yang menghadapi masalah dari segi kehilangan suami,hilang tempat tinggal dan sebagainya?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN SITI FARI HAH BINTI ZONOL
Terdapat ibu bapa / penjaga yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana khuatir dengan peningkatan kes COVID-19 biarpun bukan berada di zon merah.
A. Apakah wajar pihak sekolah menutup operasi persekolahan di seluruh negara?
B. Apakah implikasinya terhadap pelajar sekiranya tabiat ponteng menjadi rutin amalan mereka?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN KANG EU SIAH
1. Apakah peranan MPKK dalam penjagaan kebersihan dan keselamatan komuniti mereka?
2. Senaraikan program-program yang telah jalankan pada tahun 2020.
3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penglibatkan orang awam dalam aktiviti komuniti setempat?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN SHAHIFAH HAWA BINTI ZAMZURI
Pelan sosio-ekonomi pembangunan luar bandar dan pinggir bandar.
A. Bagaimanakah usaha kerajaan negeri dalam menangani isu penghijrahan wanita dan belia dari desa ke bandar serta cara meyakinkan mereka bahawa di desa boleh mencari rezeki sehebat di bandar?
B. Apakah program kerajaan negeri untuk membantu golongan belia, wanita dan OKU yang menganggur?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN TAN TEEN CHOO
Pada zaman sekarang, wanita juga mempunyai kebolehan menjana pendapatan untuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga. Oleh itu, anak-anak dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.
A. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju bahawa pusat jagaan kanak-kanak diadakan di tempat bekerja? Contoh, di kilang.
B. Sila nyatakan ia akan dikendalikan oleh pihak swasta atau pihak Kerajaan Negeri?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN KS. PAKYALAKSHMI SUBRAMANIAN
Nyatakan bilangan tempat ibadat bukan Islam mengikut daerah.
A. Adakah Kerajaan Negeri mengetahui maklumat semua tempat ibadat serta pengurusannya?
B. Bagaimana dengan pendaftaran ROS serta milikan tanah?
C. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu rakyat melalui tempat ibadat tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN DR WAN NOR BINTI HASSAN
Semasa pandemic covid19 ini , ramai penggiat seni yang terjejas pendapatan mereka, sila nyatakan usaha yang dijalankan olih pihak ekonomi kreatif bagi membantu penggiat-penggiat seni ini
A. Adakah kursus-kursus penggunaan media-media baru seperti youtube dan lain-lain bagi menggantikan ‘show’ atau ‘theatre ‘ yang tak dapat dibuat kerana wabak covid-19.
B. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi meringankan beban penggiat- penggiat seni ini dalam era pendemik covid 19 ini.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN NOR AZUAWATI BINTI AHMAD
Universiti di negara membangun mempunyai keutamaan dalam memenuhi tuntutan pembangunan tenaga kerja mahir jika negara ingin berjaya dalam pembangunan.
A. Berapakah peratus dan jumlah pelajar berkelulusan universiti mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari?
B. Mengapakah terdapat ramai pelajar yang menganggur?
C. Bidang apakah terdapat ramai pelajar yang menganggur dan mengapa?