SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN LEE SIEW WAN
Berdasarkan laporan Malaysiakini pada 18 Mac 2021, Pulau Pinang berhasrat untuk menggubal enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam.
a) Apakah pandangan dan pendirian umat bukan Islam di Pulau Pinang dalam hal ini?
b) Apakah inisiatif yang telah dan akan dilakukan oleh Padang Lalang selaku EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, demi mempertahankan dan menjaga keharmonian masyarakat majmuk di negeri Pulau Pinang yang selama ini hidup aman damai tanpa enakmen tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN CHE MAZIAH BINTI HAMID
Sistem perparitan dibina sekitar tahun 1970an sudah ketinggalan zaman dan menjadi faktor banjir kerap berlaku.
a) Bagaimanakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau pemaju agar tidak menambak tapak projek lebih tinggi?
b) Apakah tindakan segera kerajaan bagi mengatasi masalah sebelum menjadi lebih teruk dan mengancam alam sekitar serta kehidupan penduduk?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN SALMIWATI OTHMAN
Aduan sering diterima daripada ibu bapa di Sungai Dua yang memantau pembelajaran dan pendidikan anak-anak secara maya dari rumah berkenaan dengan ketidakcekapan dalam kelajuan sistem internet.
a) Apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk mempertingkatkan lagi kelancaran sistem internet di kawasan tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN ANNSLEY DASHAWNA STEPHEN
Warisan Budaya dan Industri Kreatif menunjukkan kadar pekerjaan 0.9% menurut bancian 2019.
a) Apakah langkah yang diambil untuk membela nasib rakyat dalam bidang ini yang terjejas akibat pandemik terutamanya dengan peningkatan kadar pengangguran?
b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu Industri Kraftangan di kawasan luar bandar dan untuk rakyat yang menjadikan Industri Kreatif sebagai sumber pendapatan utama?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN JAWI PUAN GEETHA V BALAKRISHNAN
Terangkan secara terperinci tentang kronologi isu tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan lebuhraya berkembar Bukit Kukus pada Oktober yang lalu. Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan?
a) Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri ke atas kecuaian kontraktor tersebut.
b) Adakah satu jabatan khas pemantauan telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dan apakah laporan yang diterima daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN NOOR BATRISYIA AHZA MOHAMAD IMRAN
Sejajar dengan Visi Penang2030, amat penting masyarakat luar bandar turut merasai nikmat pembangunan tersebut.
a) Apakah langkah dan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan masyarakat luar bandar turut sama dalam arus pembangunan?
b) Perincikan beberapa projek luar bandar yang telah berjaya menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar secara ketara
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN KHNG WEI-WEN
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN NURUL IMAN DARUS
Walaupun Kerajaan Negeri telah menetapkan garis panduan bahawa setiap lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) haruslah terdiri daripada 30% kaum wanita, namun penglibatan wanita sebagai pemimpin tertinggi iaitu jawatan pengerusi adalah sangat minoriti.
a) Nyatakan statistik pengerusi wanita di seluruh MPKK Pulau Pinang?
b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan 30% sistem kuota pengerusi kepada wanita?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN DR. LALITHA RAMASAMY
Pulau Pinang merupakan hub pelancongan makanan. Penjaja-penjaja makanan dan tempat menarik untuk para pelancong merupakan aset negeri tetapi pandemik Covid-19 telah memberi tempias yang teruk kepada para penjaja.
a) Apakah langkah pasca Covid-19 Kerajaan Negeri dalam merejuvenasikan penjaja-penjaja dalam menghidupkan semula pelancongan makanan di Pulau Pinang?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN NUR ATIQAH ABDUL HADI
Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai apa-apa cadangan untuk pembinaan Pusat Islam di kawasan DUN Sungai Acheh berikutan terdapat lot-lot tanah Kerajaan Negeri yang kosong/ terbiar?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN MAIMUN BANU BINTI MOHD HUSSIN
Setiap tahun terdapat kes akibat penyakit bawaan makanan dimana tahun ini COVID-19 telah menerajuinya. Sila huraikan bagaimana menjadikan system makanan lebih lestari, dari segi keselamatan dan jaminanya di ketika wabak COVID-19 ini?
A. Jelaskan secara teperinci tindakan-tindakan yang telah diambil?
B. Sila berikan perbanding tahun sebelum 2008 dan selepasnya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN NUR AISHAH ZAINOL
Di KADUN Permatang Pasir rata-rata penduduk menjalankan aktviti pertanian padi yang mana kawasan penanaman padi berkeluasan 359.46 hektar, iaitu 411 lot dengan melibatkan 113 pesawah.
a) Apakah teknologi terkini yang diguna pakai oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi di KADUN Permatang Pasir?
b) Nyatakan peratusan penggunaan dron dalam kalangan pesawah di KADUN Permatang Pasir dan jumlah pendapatan mereka bagi setiap musim?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN NURUL SYAZWANI SHAFERY
Golongan pesakit Covid-19 yang mengalami gejala long COVID seharusnya diberikan rehabilitasi kesihatan agar mendapat rawatan susulan agar dapat meringankan beban penderitaan gejala tersebut.
a) Berapa jumlah dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu pesakit gejala long COVID?
b) Apakah agenda kebajikan Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan yang terkesan khususnya golongan rentan (mudah jatuh sakit) akibat pandemik keluar daripada kesan tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN SITI NUR SYAHIRAH AHMAD SHAHRIL SHAM
Perubahan angin Monsun Timur Laut telah menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di bawah KADUN Bukit Tengah.
a) Apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Dock dan Kampung Tok Panjang?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN AHASLIZA MOHAMED
a) Adakah Kempen Penang Lawan Covid-19 akan diteruskan pada masa hadapan selepas kadar kes menurun? Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk kempen ini dan apakah pelan sokongan seterusnya?
b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani permasalahan ini untuk rakyat terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN AMY SUE-SHI LEONG
Jumlah koperasi wanita yang dimiliki sepenuhnya hanya 1.8 peratus daripada 14,668 koperasi yang berdaftar di Malaysia setakat Mac 2021.
a) Apakah pendekatan SKMPP untuk meningkatkan jumlah penglibatan wanita Pulau Pinang dalam ekonomi koperasi?
b) Apakah pelan untuk memperkasakan koperasi wanita bagi meningkatkan pendapatan dan menambahbaik situasi ekonomi golongan rentan wanita?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN NOR FARIDAH SARIFF
Minta EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan menyatakan apakah inisiatif dan Langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di Pulau Pinang pada masa sekarang (ekonomi pasca Covid).
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN NUR RABBANIAH NUR ISKANDAR
Pelan pembangunan tanah berkaitan dengan pertanian di Pulau Pinang tidak menyatakan pembangunan yang khas untuk membantu golongan OKU menceburi bidang pertanian.
a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan tanah untuk diusahakan oleh golongan OKU?
b) Jika YA, bilakah cadangan itu akan dilaksanakan dan bagaimanakah akan dilaksanakan, dan jika TIDAK, mengapakah dan apakah cadangan alternatif?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN CHEOH MOOI KIM
Usahawan berperanan dalam memberi contoh yang baik kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat usahawan yang mengadakan siaran langsung (live streaming) menggunakan bahasa yang tidak sopan serta tidak menghormati pekerjaan individu lain seperti pemandu Grab dan penghantar makanan. Tindakan ini menyebabkan imej usahawan lain tercalar.
a) Apakah usaha yang boleh dilakukan oleh EXCO Pembangunan Usahawan dari segi pengubalan polisi untuk mengurangkan dan membanteras kejadian seperti ini berlaku?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN YEOH LAY KIM
Pengurusan dan kebersihan dikebanyakan rumah pangsa dan pangsapuri sama ada kos rendah atau sederhana rendah adalah tidak terurus dan ada juga telah menjadi sarang penagih dadah.
a) Mengapakah Perbadanan Pengurusan (MC) tidak diperkasakan untuk mencapai fokus utama Dasar Perumahan Negara?
b) Apakah tindakan yang telah diambil untuk memenuhi Piawaian Perumahan Berkualiti?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHANTHY PAKIRISAMY
Ramai ibu bapa yang bekerja dalam sektor swasta mempunyai anak yang perlu ke taska. Terdapat ibu bapa yang tidak menghantar anak ke taska kerana bayaran yang tinggi. Banyak bantuan, insentif dan geran disediakan untuk majikan yang ingin mengadakan taska di tempat kerja.
a) Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan taska di tempat kerja dalam sektor swasta?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN OOI MEI MEI
Daripada jumah keseluruhan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan pada tahun 2021 setakat ini:
a) Berapakah jumlah kes yang mana keputusannya adalah tiada tindakan lanjut (NFA); pelaku dituduh di mahkamah; pertuduhan ditarik balik; pelaku dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA); pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh dan pelaku mengaku salah dan dihukum?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN RATHIGA KATHERVALLO PELLAI
Bajet 2022 yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan keseluruhan industri sukan negara menerima RM244 juta.
a) Apakah langkah pemulihan Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan menghidupkan kembali sektor sukan di Pulau Pinang yang telah terjejas kerana wabak Covid-19?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN SHAMEERA NASREEN AHAMED NOORDEEN
Seramai 5443 penduduk Pulau Pinang telah kehilangan kerja akibat Covid-19. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Pulau Pinang yang telah hilang punca pendapatan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN JAYANTI KANDAYAH
Masalah pelepasan najis tanpa rawatan ke parit dan sungai oleh penternak harus diberi perhatian serius di Bukit Tambun. Pencemaran yang tidak dikawal dan ditangani dengan baik menyebabkan parit dan sungai yang berdekatan berkemungkinan besar berada dalam risiko tercemar.
a) Isu sudah lama berlarutan, selain daripada kompaun, apakah tindakan kerajaan terhadap penternak kerana kompaun tidak memberi kesan kepada mereka.
b) Apakah langkah yang diambil sementara projek rawatan dilaksanakan?
c) EIA telah diluluskan, apakah langkah seterusnya dan bilakah projek dijangka siap?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP DR. S. THANAM SUBRAMANIAM
Laluan bas – bas Rapid contohnya di Puteri Gunung, Sungai Duri dan beberapa tempat telah dikenalpasti diperlukan di Sungai Bakap untuk pergerakan komuniti setempat di tempat tersebut dan telah lama dimohon tetapi permohonan ini masih tidak mempunyai sebarang kelulusan.
a) Jelaskan sebab – sebab permohonan ini masih tidak diluluskan dan apakah penyelesaian alternatif dalam menyelesaikan masalah ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN NUR AMELIA OSMAN
Adakah terdapat peruntukan atau geran yang diberikan kepada belia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG PUAN FAZILAH HARUN
Konsep 'Keluarga Malaysia' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada bulan Oktober lalu. Visi 'Keluarga Malaysia' ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang serta kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan 'Keberhasilan Kebahagiaan'. Melihat kepada pembangunan negeri Pulau Pinang ini:
a) Apakah langkah atau inovasi yang boleh diperkenalkan kepada masyarakat agar konsep tersebut dapat digunapakai dan diterapkan dalam kehidupan seharian agar pembangunan sosial masyarakat di negeri ini mampu ditingkatkan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN SHAHIRA PARVIN ABDUL AZIZ
Statistik Telenita sehingga Jun 2020 menunjuk dari segi gender, wanita lebih banyak menghadapi gangguan seksual berbanding lelaki.
a) Berapakah jumlah kes gangguan seksual dari segi gender di Pulau Pinang sehingga Oktober 2021. Perincikan.
b) Dari jumlah ini berapakah yang melibatkan kanak - kanak sebagai mangsa gangguan seksual di Negeri Pulau Pinang. Perincikan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JEREJAK PUAN NORAZIAN SAAD
Isu tempat letak kenderaan (parking) tidak mencukupi dan sentiasa sesak di Klinik Kesihatan Bayan Baru. Kes-kes pesakit yang ramai dan Covid-19 juga memberi impak kepada pesakit dan pengunjung untuk meletakkan kereta membuatkan pesakit terpaksa berjalan jauh.
a) Apakah tindakan dan cadangan Yang Berhormat dan Majlis Perbandaran untuk menambah jumlah tempat meletakkan kenderaan?
b) Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN CHE MAZIAH HAMID
Nasib penjaja kecil tepi jalan tiada lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diberi perhatian.
a) Bagaimanakah cara untuk membantu dan menangani isu penjaja kecil yang tiada lesen PBT?
b) Perlukah kerajaan keluarkan lesen PBT kepada penjaja kecil ini?
c) Adakah kerajaan akan mendirikan kawasan tapak niaga yang sesuai dan kenapa peniaga tidak mahu menyewa tapak itu?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN LEE SIEW WAN
Pada 12/10/2021, kebakaran berlaku di Kek Lok Si. Kebakaran sedemikian bukan sahaja mengancam nyawa, malah bakal memusnahkan bangunan bersejarah, harta benda dan artifak.
a) Apakah langkah pencegahan dan kawalan yang telah dan akan diambil untuk mengurangkan risiko kebakaran di rumah ibadat, misalnya
i. garis panduan untuk tempat penyalaan lilin, colok dan lampu berminyak,
ii. audit keselamatan secara rutin dan sebelum hari perayaan?
b) Apakah rancangan kerajaan terhadap rumah kediaman yang dijadikan rumah ibadat? Risiko kebakaran merebak ke rumah jiran dan kawasan perumahan amatlah tinggi.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN CHE MAZIAH HAMID
Kenderaan yang ditinggalkan pemilik untuk tempoh lama ditempat awam.
a) Apakah tindakan PBT dalam menangani keadaan seperti ini?
b) Bagaimanakah tempoh notis penguatkuasa akan keluarkan untuk mengalihkan kenderaan dan apakah tindakan susulan?
c) Perlukah petak kuning disediakan di setiap rumah kos rendah dan kos sederhana agar memudahkan penduduk setempat meletakkan kenderaan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN SALMIWATI OTHMAN
Mohon penjelasan tentang perancangan bagi menaik taraf dan baik pulih sekolah-sekolah dalam kategori daif di Pulau Pinang berdasarkan kepada peruntukan Belanjawan 2022?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN SALMIWATI OTHMAN
Apakah kaedah pemilihan yang diamalkan dan siapakah yang terlibat dalam menentukan nama-nama penerima alat peranti percuma seperti laptop atau tablet bagi anak golongan B40 dan M40 yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19 ?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN JAWI PUAN GEETHA V BALAKRISHNAN
Apakah cadangan 7 projek infrastruktur utama yang dibentangkan Kerajaan Negeri dalam Bajet 2022.
a) Apakah usaha terperinci dalam pelan pelaksanaan yang telah dirancangkan untuk memastikan keberjayaan dasar tersebut?
b) Senaraikan jangka masa untuk pelan-pelan tersebut dilaksanakan dan apakah rancangan seterusnya jika jangka masa yang diperuntukkan itu tidak mengikut peruntukan masa tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN NOOR BATRISYIA AHZA MOHAMAD IMRAN
Apakah kesan langsung kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar ekoran langkah kerajaan negeri mengklasifikasikan tanah luar bandar sebagai tanah bandar.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN NOOR BATRISYIA AHZA MOHAMAD IMRAN
Berikutan projek infrastruktur pengangkutan awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan projek Penang South Reclamation (PSR) yang tertumpu di kawasan pulau, ini mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan yang ketara antara kawasan Pulau dan Seberang Perai.
a) Apakah strategi kerajaan dalam merapatkan jurang ini terutama dari aspek kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN JAWI PUAN GEETHA V BALAKRISHNAN
Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membatalkan kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR). Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan Lembaga Rayuan tersebut yang dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. "Keputusan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JAS adalah atas alasan teknikal tidak memenuhi kehendak seksyen 34A(4)(a) Akta.
a) Terangkan secara terperinci tentang kronologi isu PSR dengan lebih mendalam, mengikut kehendak seksyen 34A(4)(a) Akta. Adakah projek ini akan mendapat kelulusan JAS pada masa akan datang?
b) Apakah langkah- langkah dan bantuan akan diberi oleh Kerajaan Negeri untuk membantu nelayan – nelayan, jika projek ini diluluskan oleh JAS.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN KHNG WEI-WEN
Aspek teknologi sektor pertanian agak penting bagi mencapai matlamat perkembangan teknologi di Negeri Pulau Pinang.
a) Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk menerapkan konsep pertanian secara moden yang mesra alam seperti "hydroponics farming"?
b) Sejauh manakah dasar dilaksanakan dari segi projek pertanian komuniti untuk memastikan kelangsungan pembangunan agroteknologi serta keselamatan makanan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN KHNG WEI-WEN
Status keselamatan makanan yang terkesan susulan kenaikan harga sumber bekalan dimport dalam negara.
a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bekalan bahan mentah, bahan tanaman bagi penternakan dan pertanian yang secukupnya?
b) Memandangkan pengimportan luar negara dilibatkan, bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tidak terjadinya kenaikan harga dalam pembekalan bahan-bahan tersebut yang membebankan pengguna?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN DR LALITHA RAMASAMY
a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memulihkan sektor pelancongan dalam pasca Covid-19?
b) Terangkan secara terperinci tentang usaha Kerajaan Negeri untuk mengadaptasi norma baharu pasca Covid-19 dalam industri pelancongan negeri.
c) Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkembangkan dan mempromosikan Digital Economy dalam sektor perlancongan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN NURUL IMAN DARUS
Mohon Kerajaan Negeri nyatakan rancangan kerajaan dalam meningkatkan mutu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Pulau Pinang dan adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan geran khas kepada MPKK bagi tujuan program-program pembangunan wanita di kawasan masing-masing?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN NURUL IMAN DARUS
Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada bercadang meningkatkan peruntukan dana kepada MPKK dengan memberi insurans perlindungan secara percuma kepada ahli MPKK serta menambah elaun khas kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) yang sekarang hanya diberikan elaun sebanyak RM50.00 sebulan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN NUR ATIQAH ABDUL HADI
Senaraikan jumlah penerima pembaikan rumah di dalam Kasawan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh bermula tahun 2017 dan nyatakan peratusan permohonan serta bilangan rumah yang telah siap dibaiki bagi Pembaikan Rumah oleh Zakat Pulau Pinang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN NUR ATIQAH ABDUL HADI
Nyatakan secara terperinci usaha pengagihan bantuan oleh Pusat Zakat seperti keperluan makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Berapakah isi rumah yang menerima bantuan bakul makanan ini berdasarkan pecahan negeri dan Parlimen?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN NUR AISHAH ZAINOL
Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Pasir adalah merupakan kawasan luar bandar yang mana penduduk di kawasan ini membangkitkan isu jaringan internet yang amat lemah di beberapa kawasan.
a) Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menangani isu tersebut terutama pemasangan kabel optik di kawasan Pengkalan Tambang?
b) Nyatakan inisiatif pihak Kerajaan Negeri dalam membantu pelajar yang melaksanakan pembelajaran daripada rumah?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH PUAN NUR AISHAH ZAINOL
Penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah amat penting berikutan kelas dalam talian sekitar 2 tahun ini terutama kawasan luar bandar.
a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyambung "Penang Free wifi" untuk penduduk Pulau Pinang terutamanya di kawasan luar bandar kerana ia merupakan kemudahan jaringan internet yang mampu meringankan beban untuk keluarga pelajar b40 yang bersekolah?
b) Nyatakan kawasan yang mempunyai internet percuma di KADUN Permatang Pasir?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN JAYANTI KANDAYAH
Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang telah dibatalkan oleh Kerajaan Pusat dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata penilaian kesan alam sekitar baharu perlu dikemukakan dan diluluskan. Kesan perlombongan pasir untuk penambakan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem, menjejaskan biodiversiti, mengurangkan hasil penangkapan laut dan mengganggu rantai makanan marin.
a) Apakah hasil kajian oleh PWC bagi projek ini? Mengapakah kajian tidak dikongsi secara terbuka?
b) Mengapa Seberang Perai tidak menjadi pilihan?
c) Berdasarkan EIA, adakah ancaman ekologi dikemukakan dan rancangan untuk menangani? Apakah alternatif para nelayan yang kehilangan pendapatan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN LEE SIEW WAN
Solat Pandemik yang diadakan pada 16/09/2021 anjuran MCCBHST bersama Majlis Agama Islam menggambarkan “unity in diversity” dan harus digalakkan untuk memperkukuhkan semangat kemuafakatan masyarakat majmuk di Pulau Pinang.
a) Mengapakah program seperti “perbincangan akademik” dan “dialog kedamaian” antara perwakilan intelek berbilang agama tidak diterapkan ke dalam aktiviti anjuran Kerajaan Negeri seperti GTLF?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN NURUL SYAZWANI SHAFERY
Sistem iSejahtera merupakan sistem penyaluran bantuan kebajikan.
a) Berapakah statistik penerima bantuan dan mengapakah pemohon perlu mencetak dan menghantar borang fizikal?
b) Bilakah karenah birokrasi yang menyusahkan golongan ini akan dihapuskan?
c) Bilakah laman sesawang ini akan mesra OKU khususnya bagi pemohon yang kurang upaya penglihatan dan cacat penglihatan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN NURUL SYAZWANI SHAFERY
a) Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk persatuan ibu tunggal?
b) Apakah bentuk bantuan buat ibu tunggal dan ibu tinggal supaya menggalakkan penyertaan persatuan dan aktif memberikan sumbangan?
c) Apakah usaha pihak kerajaan bagi mengintegrasi penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, NGO dan sektor swasta secara inklusif?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN OOI MEI MEI
Berapakah jumlah langkah-langkah perlindungan yang diperolehi untuk mangsa keganasan rumah tangga pada tahun 2021 setakat ini di Pulau Pinang, khususnya Perintah Perlindungan (PO), Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Sementara (IPO)?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN SITI NUR SYAHIRAH AHMAD SHAHRIL SHAM
Projek Penang South Reclamation (PSR) telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu membangunkan negeri Pulau Pinang daripada pelbagai aspek.
a) Apakah status terkini projek tersebut selepas kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) dibatalkan.
b) Apakah pelan perlaksanaan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan projek ini dapat mencapai objektifnya.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN SITI NUR SYAHIRAH AHMAD SHAHRIL SHAM
Peningkatan jumlah kenderaan di kawasan Bukit Tengah khususnya laluan utama yang menghubungkan Autocity dan Juru sebagai kawasan perindustrian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kerosakan struktur jalan yang teruk.
a) Bilakah projek jambatan yang dibina di antara Autocity dan Juru dijangka siap sepenuhnya?
b) Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menambah baik struktur jalan yang rosak akibat peningkatan kenderaan berat di kawasan tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN OOI MEI MEI
Daripada jumlah keseluruhan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan pada tahun 2021 setakat ini di Pulau Pinang, berapakah jumlah kes yang telah dilaporkan dimana hasilnya pertuduhan ditarik balik; pelaku dituduh di mahkamah; tiada tindakan lanjut (NFA); pelaku dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA); pelaku disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh dan pelaku mengaku salah dan dihukum?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN YEOH LAY KIM
a) Harapan kerajaan membentuk Dasar Perumahan Negara (2018-2025) adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sejauh manakah Perumahan Mampu Milik dapat membantu penduduk golongan B40 kerana 90.9% unit rumah melebihi RM200K?
b) Pada 2 September 2021, YB Dato Keramat menyatakan Pemaju Scientex Tasek Gelugor menawarkan rumah mampu milik RM75k ke bawah. Buktikan
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN YEOH LAY KIM
a) Harga RM200K seunit Rumah Teres Desa Ara Permai adalah tidak setara dengan perkhidmatan infrastruktur yang diberikan. Penduduk-penduduk sering mengalami banjir kilat apabila hujan turun tidak berhenti selama 30 minit. Jelaskan dan nyatakan langkah-langkah mengatasinya.
b) Senaraikan terkini pemaju yang disenaraihitamkan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN AMY SUE-SHI LEONG
Koperasi Rakyat Pulau Pinang Berhad (KOPIN) dilancarkan pada September 2020 dengan sasaran anggota 500,000 dan perolehan modal syer RM1bilion untuk melestarikan ekonomi digital.
a) Apakah inisiatif peningkatan penganggotaan dan perolehan modal syer untuk mencapai sasaran?
b) Apakah kemas kini status program e-dagangan yang telah dilaksanakan dan jumlah nilai transaksi dagangan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN AMY SUE-SHI LEONG
Menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pulau Pinang (SKMPP) terdapat 748 koperasi di Pulau Pinang yang mana separuhnya tidak aktif setakat September 2020 dan sebanyak 30 peratus dicadangkan tutup.
a) Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan serta mengembangkan aktiviti koperasi?
b) Bagaimanakah SKMPP menilai keberkesanan dan manfaat koperasi kepada komuniti?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN ANNSLEY DASHAWNA STEPHEN
Bagaimanakah rakyat yang terlibat dalam industri ekonomi kreatif didedahkan dengan selok-belok keusahawanan secara terperinci untuk mengembangkan perniagaan mereka terutamanya golongan tidak berpelajaran?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN DR. LALITHA RAMASAMY
a) Apakah bantuan kewangan yang telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membantu peniaga-peniaga sektor pelancongan yang terjejas dengan wabak Covid-19 dan nyatakan dalam carta aliran jumlah bantuan mengikut zon utama pelancongan?
b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengambil kesempatan dalam menggunakan peruntukan keseluruhan industri pelancongan RM1.6 billion Bajet 2022 dalam perancangan dasar dan strategi pembangunan pelancongan berdasarkan empat zon utama?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN NOR FARIDAH SARIFF
Pulau Pinang dijangka menerajui perindustrian berteknologi tinggi di negara.
a) Sejauh manakah kebersediaan industri di Pulau Pinang dalam menerima dan mempraktikkan perkembangan revolusi Industri ke-4 (IR 4.0) yang sering diperkatakan pada masa kini?
b) Apakah Langkah-langkah yang akan diambil?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN NOR FARIDAH SARIFF
Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas terbukti berjaya menarik syarikat multinasional dan penciptaannya memainkan peranan penting dalam menangani krisis ekonomi Pulau Pinang. Terdapat 4 fasa, yang mana Fasa 4, fasa terbesar dan terakhir, telah selesai pada tahun 1990-an.
a) Apakah perancangan untuk membuka Zon Perindustrian Bebas Fasa 5?
b) Apakah inisisatif yang telah diambil sehingga sekarang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN CHEOH MOOI KIM
Situasi "Brain Drain" atau Penghijrahan Cendiakawan dilihat semakin membimbangkan. Malaysia ingin mencapai negara pendapatan tinggi pada tahun 2020.
a) Selain dari memberi bantuan kewangan ataupun pinjaman tanpa faedah kepada para usahawan, apakah usaha yang dijalankan oleh Exco untuk mengurangkan “brain drain” dan meningkatkan gaji ratio yang tidak seimbang untuk mencapai matlamat?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN CHEOH MOOI KIM
Di Pulau Pinang, setiap EXCO mempunyai agensi negeri yang menguruskan perihal portfolio di bawah mereka. Misalnya EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam mempunyai Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).
a) Apakah agensi atau pusat yang membantu EXCO untuk Pembangunan Keusahawanan menyelaraskan program-program pembangunan para usahawan di Pulau Pinang untuk merapatkan jurang dan memberi peluang yang sama kepada semua usahawan tanpa mengira umur, kategori & bahasa?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN AHASLIZA MOHAMED
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan agar segala info yang terkandung dalam Buletin Mutiara sampai kepada rakyat, bukan hanya dalam kawasan bandar tapi juga luar bandar. Versi digital juga tidak dapat dimuat turun jika liputan internet tiada atau tidak stabil. Maka, terdapat kawasan yang langsung tidak tahu apa tindakan dan pelan Kerajaan Negeri.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN AHASLIZA MOHAMED
Apakah matlamat Kerajaan Negeri untuk merapatkan hubungan antara wakil rakyat serta agensi-agensi yang terlibat bersama rakyat tercapai. Buat masa ini, terdapat banyak nombor telefon yang disenaraikan dalam Buletin Mutiara dan laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri tidak dapat dihubungi dan tiada dalam perkhidmatan. Maka, bagaimanakah masalah rakyat akan didengari dan diselesaikan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHANTHY PAKIRISAMY
Akhir September 2020, Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan subsidi bulanan sebanyak RM 50 ke atas yuran pusat jagaan kanak-kanak (taska) berdaftar untuk setiap anak bagi ibu bapa yang berpendapatan bulanan isi rumah di bawah RM5,000.
a) Apakah pelan pelaksanaan yang telah dirancangkan untuk memastikan kejayaan subsidi ini?
b) Bagaimanakah kerajaan Pulau Pinang atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau perkara ini untuk menggalakkan para ibu bapa yang masih belum memohon subsidi ini.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHANTHY PAKIRISAMY
Difahamkan terdapat 77 pengendali TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengenakan bayaran bulanan di bawah RM500.
a) Bagaimanakah Kerajaan Pulau Pinang atau JKM memantau perkara ini untuk menggalakkan mereka yang masih belum memohon subsidi ini.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN ANNSLEY DASHAWNA STEPHEN
Apakah inisiatif kerajaan memupuk penglibatan remaja dalam industri kraftangan, warisan, seni dan budaya serta pemuliharaannya?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN RATHIGA KATHERVALLO PELLAI
a) Terangkan secara terperinci tentang rancangan, langkah dan bagaimana Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan keseluruhan bajet 224 juta untuk membangunkan kembali Industri Sukan Pulau Pinang?
b) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempromosikan dan memperkembangkan sektor sukan dan e-sukan?. Sila terangkan secara terperinci.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN RATHIGA KATHERVALLO PELLAI
a) Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti dan mencungkil bakat-bakat luar biasa dalam merancakkan sirkit para di peringkat bakat dan pelapis?
b) Sila jelaskan perancangan dasar dan strategi pembangunan sektor sukan oleh Kerajaan Negeri dalam belanjawan yang telah ditetapkan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN NUR RABBANIAH NUR ISKANDAR
Pembangunan tanah bagi tujuan perumahan dan inisiatif bagi memudahkan mereka yang kehilangan tempat tinggal makin giat pada tahun semasa.
a) Kenapa tiada pelan pembangunan tapak perumahan khas buat golongan OKU?
b) Adakah insentif akan diberikan agar mereka berpeluang memiliki rumah sendiri dan jika tidak, apakah cadangan alternatif?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN SHAMEERA NASREEN AHAMED NOORDEEN
Kajian Pengesanan Siswazah yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015, mendapati kadar pengangguran dalam kalangan anak-anak daripada keluarga berpendapatan bawah RM1000.00 sebulan mencapai 42% di peringkat Diploma dan 28.1% untuk penyandang ijazah pertama.
a) Apakah tindakan kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjamin kadar pengangguran anak negeri Pulau Pinang.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN SHAMEERA NASREEN AHAMED NOORDEEN
Perlaksanaan PLKN dilihat sebagai satu mekanisme utama untuk menangani permasalahan dalam kalangan belia, memantapkan jati diri mereka dan seterusnya mengikat kesetiaan mereka kepada negara.
a) Bagaimanakah, kerajaan negeri menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula PLKN?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN JAYANTI KANDAYAH
Kita menghadapi krisis pencemaran plastik dan penggunaan serta pengeluaran plastik telah menjadi tidak mampan. Walaupun Pulau Pinang mencapai kadar kitar semula 46% pada 2019, Covid-19 telah meningkatkan penggunaan plastik sekali pakai termasuk topeng muka, sarung tangan, pembungkusan makanan.
a) Apakah rancangan untuk mencapai sasaran pengalihan sisa yang lebih tinggi?
b) Apakah yang sedang dilakukan untuk menangani tapak pelupusan sampah yang sesak?
c) Mengapakah pembakaran sisa dicadangkan berbanding mencari alternatif lain? Apakah faedahnya?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN NUR RABBANIAH NUR ISKANDAR
Jurang ekonomi antara Pulau dan Seberang Perai sangat ketara.
a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia merapatkan jurang tersebut, terutamanya bagi mereka yang berada di Seberang Perai?
b) Adakah inisiatif tersebut akan bermanfaat kepada golongan minoriti juga seperti golongan OKU dan ibu atau bapa tunggal muda?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN SHAHIRA PARVIN ABDUL AZIZ
Kes Gangguan Seksual terhadap wanita yang dilaporkan di Pulau Pinang
a) Sehingga kini, berapakah jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan di Pulau Pinang?
b) Nyatakan perincian dari segi jangka masa diganggu, kaum, umur, kerjaya dan hubungan pelaku dengan mangsa.
c) Perincikan jenis dan bantuan yang disalurkan kepada mangsa gangguan seksual.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN SHAHIRA PARVIN ABDUL AZIZ
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan gangguan seksual terhadap wanita di Pulau Pinang dapat dikurangkan dan dihapuskan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN DR S. THANAM SUBRAMANIAM
Pemberian pas MY30 kepada rakya Pulau Pinang yang menggunakan pengangkutan awam telah banyak membantu meringankan beban rakyat. Walau bagaimanapun, pemberian subsidi tersebut akan ditamatkan pada 31 Disember 2021.
a) Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian subsidi pembelian pas mutiara MY30 kepada rakyat Pulau Pinang terutamanya di kawasan Sungai Bakap memandangkan pengangkutan awam menjadi pilihan dan memudahkan pergerakan penduduk di kawasan Sungai Bakap?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN DR S. THANAM SUBRAMANIAM
Isu stesen KTM yang tidak terdapat dari Bandar Tasek Mutiara (Sungai Bakap) terus ke Ipoh telah lama dibuat aduan oleh komuniti setempat dan telah dimohon untuk memudahkan pergerakan masyarakat. Malangnya, sehingga kini tiada sebarang inisiatif yang dilakukan dalam mengatasi masalah ini. Adakah isu ini dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN NUR AMELIA OSMAN
Selepas pindaan Rang Undang Undang (RUU) UNDI 18 diluluskan, adakah Kerajaan Negeri merasakan belia di Negeri Pulau Pinang mempunyai kesedaran tentang kepentingan undi 18 kepada negeri?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN NUR AMELIA OSMAN
Program keusahawanan untuk belia.
a) Adakah program inkubator keusahawanan yang dianjurkan oleh EXCO Belia dan Sukan berjaya?
b) Apakah cabang keusahawanan yang di tawarkan kepada belia?
c) Adakah EXCO Belia dan Sukan merasakan program yang dianjurkan cukup untuk memperkasa belia?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG PUAN FAZILAH HARUN
Pulau Pinang merupakan negeri yang menerima banyak kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi membantu pembangunan negeri ini sendiri khususnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan. Namun demikian, kedatangan mereka ini banyak menimbulkan isu misalnya kes rompak, judi, rogol dan pelbagai lagi. Apa yang merisaukan adalah mereka yang menjadi mangsa terhadap salah laku PATI ini adalah dalam kalangan penduduk tempatan.
a) Apakah langkah bagi mengatasi perkara ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG PUAN FAZILAH HARUN
Terdapat banyak isu berhubung ilmu sihir yang telah berlaku malah isu viral baru-baru ini berhubung ilmu sihir juga melibatkan Negeri Pulau Pinang. Setakat hari ini masih tiada mana-mana pendakwaan dilakukan terhadap pengamal ilmu sihir. Malahan, pembuktian dan keterangan bagi jenayah sihir juga masih di peringkat kajian kerana melibatkan keadaan yang rumit seperti tatacara siasatan dan pendakwaan yang masih belum wujud. Mekanisme perundangan perlu menjadi satu jalan pengadilan untuk mengambil berat punca dan kesan sihir sehingga berlaku jenayah-jenayah berat seperti rogol, rompak, membunuh dan sebagainya. Sudah tiba masanya undang-undang khusus sihir diwujudkan untuk menghukum sihir sebagai satu jenayah berat di Malaysia.
a) Bagaimanakah kerajaan memastikan perkara ini dititikberatkan sekaligus membantu akta khusus terhadap ilmu sihir ini digubal?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JERJAK PUAN NORAZIAN SAAD
Berikutan isu pendemik, ramai rakyat tertekan dan mengakibatkan mereka menghadapi masalah mental. Kehilangan pekerjaan, keganasan rumah tangga dan kemurungan berpanjangan menyebab kes bunuh diri berlipat ganda. Mengikut statistik sudah 336 kes di catat setakat Mac 2021.
a) Apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan masalah ini dan sudahkah ada sebarang dasar atau program untuk menangani masalah tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JERJAK PUAN NORAZIAN SAAD
Pelancaran ANMS- Agenda Nasional Malaysia Sihat telah dilancarkan pada 11 November 2021.
a) Apakah kerajaan Negeri Pulau Pinang secara aktif merangka program untuk menyokong program ini. Jika YA, apakah yang telah dilakukan untuk memastikan kejayaan agenda ini?