Tambah Perwakilan Wanita Untuk Manfaat Semua
Sidang Wanita merupakan platform khas untuk wanita di Pulau Pinang mengasah dan mengetengahkan bakat kepimpinan terutamanya dalam arena politik. Program khas untuk wanita ini juga beri pendedahan dan pengalaman mengenai bidang tugas wakil rakyat serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
OBJEKTIF PROGRAM
Memperkasakan wanita dan memberi pendedahan berkenaan kepimpinan politik, tadbir urus baik, penyertaan masyarakat, keadilan sosial & kesaksamaan gender.
Memberi pemahaman dan pengalaman tentang proses penggubalan undang-undang, perjalanan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta peranan legislatif dan eksekutif.
Membina kepimpinan dalam kalangan wanita serta melatih dan menjadikan mereka lebih cakna, berkeyakinan dan minat dalam bidang politik .
JANGKAAN IMPAK
Sasaran 200* Wanita bagi peringkat pertama berpeluang mendapat pendedahan dengan lebih mendalam terhadap sistem politik, peranan eksekutif dan legislatif serta amalan demokrasi di Pulau Pinang dan Malaysia. 70% peserta akan lebih memahami sistem demokrasi di Malaysia dan lebih cakna dalam politik.
Daripada 200 Wanita, 100* pemimpin Wanita dipilih dan dilatih untuk meningkatkan kepimpinan dan keyakinan diri melalui pembangunan kapasiti. Seramai 80% dari peserta yang menerima latihan pembangunan kapasiti akan terlibat aktif dan bersedia untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa komuniti atau parti politik.
40* Perwakilan Wanita bersidang dalam Dewan Undangan Negeri dan berpengalaman merasai format persidangan yang sebenar. 80% daripada peserta akhir (40 orang) bersemangat untuk bergiat aktif dalam kepimpinan parti politik.
Sekurang-kurangnya 30% peningkatan jumlah kenalan/jaringan strategik serta mewujudkan sistem sokongan dalam kalangan peserta.
Tentang Kami
Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang mengarusperdanakan gender ke dalam polisi-polisi utama, program-program dan amalan-amalan sektor awam demi mentransformasikan struktur-struktur dan budaya berkaitan, melalui advokasi, pembangunan kapasiti dan kerjasama strategik dengan sektor-sektor berlainan dalam masyarakat. Matlamat untuk mencapai kesaksamaan gender dan keadilan sosial.