SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCHANG PUAN TEH BEE GAIK
1. Malaysia merupakan salah sebuah negara dengan kes diabetes tertinggi di dunia. 20% populasi Malaysia menghidap diabetes. 18.2% populasi Pulau Pinang turut bersama.
A) Apakah statistik terkini kes diabetes mengikut usia dan daerah di Pulau Pinang?
B) Selain daripada cukai gula, apakah langkah-langkah yang telah atau akan dijalankan di peringkat negeri untuk mengurangkan masalah ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN ZARINA MD NOOR
Sistem iSejahtera merupakan sistem yang dibangunkan selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.
A) Nyatakan bilangan permohonan yang telah berjaya memohon iSejahtera.
B) Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan setiap bulan mengikut kategori dan daerah?
C) Apakah usaha kerajaan negeri untuk menambahbaik proses permohonan iSejahtera?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN ZARINNA ABU ZARIN
Pulau Pinang mempamerkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan kekal sebagai penyumbang ke-4 tertinggi sebanyak 7.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional pada tahun 2023.
A) Bagaimanakah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk seterusnya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN NARIZA ZAIN
Ekonomi kreatif semakin mendapat perhatian dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah kawasan dan ianya berpotensi untuk menyumbang secara signifikan kepada ekonomi tempatan.
A) Apakah antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memperkasakan ekonomi kreatif di Bukit Tambun, terutamanya bidang seni, kraf tangan, dan kandungan digital?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN KOAY EE LING
Beberapa projek infrastruktur dan tebatan banjir yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan yang berisiko banjir di sekitar Seberang Perai.
A) Bagaimana perkembangan terkini dan butiran pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir terutama sekali di kawasan Penanti?
B) Penilaian apa yang telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan Projek Rancangan Tebatan Banjir tersebut dalam mencapai matlamatnya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN HAMIDAH CHE EMBI
Apakah pelan tindakan Kerajaan negeri untuk membimbing wanita untuk turut serta menjadi penyumbang ekonomi negeri dalam sektor sains teknologi melalui pendigitalan global?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN FARAH AMIRA ZAINUDIN
Analisis makmal bebas pelbagai agensi yang meneliti pencemaran Sungai Kereh terhadap kualiti air di sungai itu mendapati punca utama pencemaran disebabkan aktiviti penternakan dan penggunaan bahan kimia pertanian di lokasi berkenaan.
A) Apakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan pengurusan sisa dapat di buat secara lebih sistematik di ladang ternakan Kampung Selamat?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN GIRIJA RAMDAS
September lepas, Polis Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM590,100 di Jelutong, Ini menunjukkan masalah pengedaran dadah yang serius, termasuk makmal pemprosesan dan penyeludupan di negeri ini.
A) Adakah kerajaan menyedari bahawa kegagalan untuk menangani isu ini pada peringkat awal bukan sahaja membahayakan kesejahteraan sosial rakyat tetapi juga merugikan ekonomi negara?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN NAZIHAH ABDUL GHAPAR
Dalam ucapan Belanjawan Pulau Pinang 2024, YAB Ketua Menteri menyatakan sejumlah RM6.3 juta telah diperuntukkan bagi tujuan membangunkan serta menaiktaraf teknologi pertanian di Pulau Pinang melibatkan pelbagai projek.
A) Apakah impak daripada jumlah peruntukan tersebut terhadap pembangunan ekonomi setempat di Daerah Seberang Perai Utara?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN NORMAIZATUL NISAQ HASAN
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
A) Adakah Visi Penang2030 turut menterjemahkan matlamat yang sama seiring dengan Dasar Sosial Negara tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN NG HOOI TING
Dana Pembangunan Pertanian Bandar dan Dana Penjana Pertanian yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas telah membantu para petani merealisasikan projek-projek pertanian setempat.
A) Namakan projek-projek yang telah dijalankan serta bilangan penerima yang telah menerima dana tersebut.
B) Apakah kesan serta impak dana ini terhadap pencapaian projek-projek tersebut?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LAM WOOI FUN
Pangkalan Kontena Butterworth Utara berstatus Zon Perdagangan Bebas (FTZ) sejak 1 Februari 2021. Diantara kebaikan FTZ termasuklah pelabur dapat pengecualian duti kastam dan eksais serta cukai sebelum pengeksportan produk siap ke negara lain.
A) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk setempat tidak ketinggalan dan dapat mengambil bahagian di FTZ?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN SAROJA PERIANAIGAM
Nisbah Sara Diri (SSR) untuk telur ayam adalah lebih daripada 100%. Meskipun mempunyai SSR yang tinggi, jumlah ayam yang diimport meningkat sebanyak 30% daripada 7,800 tan kepada 10,200 tan pada tahun 2022.
A) Apakah reaksi dan sikap rakyat dalam menangani isu keterjaminan makanan berbanding rakyat negara lain di peringkat negeri dan global.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN FARDILLA DIN
Menurut pakar nisbah optimum pelajar dalam bilik darjah adalah 25 orang.
A) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data bilangan kelas yang tidak menepati kriteria tersebut di Pulau Pinang?
B) Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai perancangan sendiri untuk mengatasi masalah ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN SUFIATUL FARZANA RASHIDI
Fasiliti sukan penting untuk membentuk masyarakat sihat. Pulau Pinang memfokuskan kepada kemudahan sukan berprestasi tinggi melalui dasar RSNPP 2030, namun aksesnya terhad kepada atlet. Apakah usaha untuk meningkatkan akses masyarakat biasa?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN NOR AZIANA AZREEN ROSLAN
Wabak Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberikan impak negatif terhadap pelbagai sektor ekonomi terutama sektor pelancongan. Komuniti setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan sangat terkesan terutamanya mereka yang menjalankan perkhidmatan homestay atau inap desa ketika itu.
A) Apakah bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri selain apakah cadangan kerajaan negeri dalam pemerkasaan sektor pelancongan di Pulau Pinang selepas pandemik Covid-19?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN NOR FATIMAH ASMIDAR YA’AKOP
Pembinaan semula Masjid Lama Sungai Bakap dijangka bermula November 2024 dan akan mengambil sekurang-kurangnya 2 tahun untuk disiapkan. Masjid ini akan di roboh dan dibina semula kerana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berpendapat bahawa pelbagai pengubahsuaian pada bangunan sedia ada tidak ada teras yang asli untuk dipelihara dan dipulihara.
A) Mengapa reka bentuk kubah masjid yang menjadi mercu tanda Masjid Lama Sungai Bakap diubah sepenuhnya? Kerana ini bakal merubah identiti asal komuniti Sungai Bakap?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PUYU PUAN NOR AZLINA NORDIN
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk memperluas program-program yang memfokuskan kepada kepelbagaian dan keterangkuman (Diversity, Equity & Inclusion - DEI) dalam pembangunan modal insan, terutamanya bagi golongan wanita dan belia dari latar belakang berpendapatan rendah?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN TELEGAVATHI BHACIANATHAN
Jalan raya yang tidak terurus, rosak dan sesak disebabkan oleh industri kuari di Berapit telah mengakibatkan kelewatan perjalanan khususnya pada tengah hari. Ini beri impak kepada kualiti hidup penduduk serta pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut.
A) Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah kerosakan jalan raya yang sering berlaku di kawasan Berapit?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN ZULAIHA MOHD AZAM
Pembangunan Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi di Bertam kini sedang rancak dibangunkan termasuk pembinaan Kuarters Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) di situ.
A) Kongsikan perincian jumlah jangkaan hasil daripada eksport, cukai dan keuntungan perniagaan yang bakal diperolehi dari kawasan perindustrian berkenaan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN GOWRI SUBRAMANIAM
Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk meringankan beban kewangan Pihak Pengurusan RIBI dalam menanggung kos-kos pembinaan dan penyelenggaraan serta kecemasan di premis RIBI.
A) Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan kepada pihak pengurusan RIBI pada tahun 2023 dan 2024 berbanding peruntukannya?
A) Sejauh manakah peruntukan tersebut telah membantu RIBI?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK PUAN PRIYALAKSHIMI MAHENTHIRAN RAYER
Berikutan kenyataan Perdana Menteri pada 16 Februari 2024, berkenaan peruntukan sebanyak RM47 juta untuk pembinaan dan mengoperasikan 38 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu termasuk di Pulau Pinang.
A) Apakah perkembangan pembinaan 38 buah PEDi ini terutamanya di DUN Machang Bubuk.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN SALWEZAH MOHD ZIN
Pulau Tikus merupakan bandar yang telah berusia lebih kurang 200 tahun dan terletak hampir dengan pusat Bandaraya George Town.
A) Apakah penambahbaikan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengenai infrastruktur kepada pengguna OKU di kawasan Pulau Tikus?
B) Bagaimanakah pengguna OKU ini dapat memanfaatkan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh PBT?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN NOOR ROMASZITA ABDUL RAHIM
Sedia maklum bahawa Teluk Bahang ini merupakan tempat pelancongan dan penempatan nelayan.
A) Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan mutu pendapatan nelayan melalui penubuhan koperasi dalam komuniti nelayan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN FARAHZIANA MOHAMAD ZAIN
Bagaimana kerajaan memastikan bahawa pembangunan tanah selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan memenuhi keperluan tempatan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN BAASHINI RAMADASS
Bencana alam sering mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik rumah, termasuk penurunan nilai harta?
A) Apakah langkah proaktif kerajaan negeri dalam memastikan syarikat perumahan menyediakan kediaman di kawasan yang selamat.
B) Serta langkah-langkah pencegahan terhadap ancaman bencana seperti banjir kilat dan tanah runtuh untuk melindungi penduduk?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN ISWARI JAYARAMAN
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa MMK Luar Bandar ada menyediakan peruntukan untuk bantuan peralatan kepada peniaga kecil sepenuh masa di seluruh kawasan luar bandar Pulau Pinang.
A) Apakah pelan tindakan pihak agensi pelaksana dalam memastikan penerima bantuan yang diberikan bertepatan untuk memajukan perniagaan mereka?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN HUZAIFAH ZOLKEPLI
Pasar Awam Seberang Jaya merupakan salah satu tapak niaga tumpuan di sekitarnya dan ini secara tidak langsung mampu jana pendapatan oleh penduduk di situ. Namun demikian, dapat lihat hampir kesemua permis perniagaan di situ jalankan oleh warga asing.
A) Apakah langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan hak pemilikan premis dan juga aktiviti perniagaan dijalankan oleh warga tempatan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN RAJALAKSHMI SUBBIAH
Peruntukan tahunan memperkasa dan memupuk perpaduan masyarakat.
A) Berapakah peruntukan untuk membentuk perpaduan masyarakat yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri setiap tahun?
B) Apakah mekanisme yang digunakan untuk pengagihan peruntukan tersebut kepada kawasan terlibat?
C) Nyatakan jumlah peruntukan yang Kerajaan Negeri berikan kepada kawasan terlibat setiap tahun.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN TEH BEE GAIK
Kesihatan mental merupakan satu fenomena yang kian mencabar dan membimbangkan terutamanya di kalangan remaja dan warga emas.
A) Apakah statistik terkini kes sakit mental mengikut kategori usia dan daerah di Pulau Pinang?
B) Apakah langkah-langkah yang telah/akan dijalankan di peringkat negeri untuk mengatasi masalah ini?
C) Adakah rancangan untuk menambahkan klinik psikiatri?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN TEH BEE GAIK
Jabatan Kesihatan Negeri ada rancangan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Jalan Perak agar dapat memenuhi permintaan perkhidmatan untuk pesakit yang kian meningkat.
A) Apakah peringkat terkini rancangan tersebut?
B) Bilakah projek naik taraf ini akan siap?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN ZARINA MD NOOR
Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
A) Berapakah bilangan permohonan untuk Bantuan Kebajikan di Negeri Pulau Pinang mengikut kategori bantuan?
B) Berapakah bilangan permohonan yang diluluskan atau ditolak mengikut kategori bantuan?
C) Apakah purata menunggu untuk setiap permohonan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN ZARINA MD NOOR
Kebajikan warga emas dan OKU.
A) Apakah rancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk golongan warga emas dan OKU di Negeri Pulau Pinang?
B) Senaraikan program-program dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan tersebut.
C) Apakah usaha yang telah dilakukan bagi membantu warga emas dan OKU yang uzur atau berkerusi roda yang tidak mampu ke hospital atau klinik dengan sendiri?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN NARIZA ZAIN
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyokong pembangunan ekonomi kreatif di Bukit Tambun, khususnya dalam membantu usahawan kreatif tempatan memasarkan produk mereka secara lebih meluas melalui platform digital dan e-dagang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN NARIZA ZAIN
Bagaimanakah pertimbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam penyediaan insentif kewangan atau dana khas untuk manfaat pengusaha industri kreatif di Bukit Tambun sebagai pemangkin pertumbuhan sektor ini dan memastikan usahawan kreatif tempatan dapat mengembangkan perniagaan mereka?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN KOAY EE LING
Mengambil kira masalah bekalan air yang berulang di Penanti, apakah langkah strategik yang diambil kerajaan untuk memastikan ketersediaan air bersih yang berterusan bagi seluruh penduduk di kawasan ini?
A) Selain itu, adakah kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti permasalahan gangguan bekalan air di Penanti; serta apa rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN HAMIDAH CHE EMBI
Selari dengan arus globalisasi dan dunia moden hari ini, Pulau Pinang di bawah Kerajaan Malaysia MADANI pastinya tidak mahu ketinggalan dari aspek pembangunan serta pemapanan dalam bidang sains dan teknologi.
A) Apakah cabaran negeri Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan untuk perkembangan sains dan teknologi terutamanya Hab Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) dan pendigitalan global?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN HAMIDAH CHE EMBI
Bagaimanakah Kerajaan dapat membantu masyarakat dengan cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan global?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN FARAH AMIRA ZAINUDIN
Dasar Pengasingan Sisa di Punca yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertujuan membantu mengurangkan kos pengurusan sisa.
A) Gariskan tahap kejayaan penguatkuasaan tersebut setakat kini dan apakah impak penubuhan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) Ampang Jajar dan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung (TPSPB) terhadap pencemaran alam sekitar serta keseimbangan ekosistem?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN FARAH AMIRA ZAINUDIN
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebanyak lebih 1,053 kes aduan berkaitan kesalahan alam sekitar dari tahun 2021 sehingga kini.
A) Apakah langkah-langkah signifikan yang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras kesalahan-kesalahan berkaitan alam sekitar ini berdasarkan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan?
B) Bagaimana JAS menepis dakwaan bahawa penguatkuasaannya lemah dan tidak efektif?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN SALWEZAH MOHD ZIN
Lokasi Pulau Tikus yang terletak berhampiran pusat bandar dan taman-taman perumahan telah menyebabkan kepadatan jumlah kenderaan di jalan raya terutama pada waktu puncak hari bekerja.
A) Apakah tindakan atau rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas?
B) Tambahan pula jumlah parkir yang terhad sehingga menimbulkan masalah kenderaan yang parkir di bahu jalan raya telah menghalang lalu lintas.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN SALWEZAH MOHD ZIN
Dalam keadaan perubahan iklim baru-baru ni, Pulau Pinang juga turut terjejas akibat musim tengkujuh yang tiba lebih awal, ini termasuk di Pulau Tikus yang menghadapi situasi banjir kilat.
A) Apakah langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi banjir kilat?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN GIRIJA RAMDAS
Pulau Pinang adalah negeri kedua dengan populasi warga emas tertinggi di Malaysia, iaitu 7.7% penduduknya berumur 65 tahun ke atas. Malangnya, hanya ada satu pusat penjagaan warga emas, iaitu Kompleks Penyayang Nibong Tebal, yang dihuni kanak-kanak dan warga emas.
A) Mengapa kerajaan tidak menubuhkan lebih banyak pusat penjagaan untuk golongan ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN GIRIJA RAMDAS
Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir bulan Mei 2024 dengan hasil usaha dan inisiatif dalam pelbagai program termasuk mewujudkan kolaborasi strategik antara agensi.
A) Apakah mekanisme yang disediakan untuk memastikan golongan yang baru terkeluar dari kategori miskin tegar tidak kembali semula ke dalam keadaan tersebut selepas bantuan dihentikan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN BAASHINI RAMADASS
Kita sering dengar janji tindakan akan diambil terhadap pemaju bermasalah, tetapi masih terdapat beberapa pemaju bebas beroperasi.
A) Bagaimana kerajaan menangani kelemahan undang-undang dan pemantauan yang longgar ini?
B) Adakah pemaju yang didapati bersalah akan disenaraihitamkan serta menanggung semua kos pembaikan bagi pembeli yang terjejas?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN BAASHINI RAMADASS
Dalam 10 tahun ini, projek perumahan berkembang pesat tanpa kawalan kualiti bahan binaan dan infrastruktur asas.
A) Apakah reformasi undang-undang bagi memastikan kelulusan projek bukan hanya berasaskan keuntungan tetapi juga kelestarian jangka panjang, keselamatan penduduk serta keperluan infrastruktur yang menyeluruh?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN NAZIHAH ABDUL GHAPAR
Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2024, YAB Ketua Menteri ada menyatakan kerajaan negeri berjaya menarik kemasukan pelaburan baharu berimpak tinggi sepanjang tahun 2023.
A) Nyatakan statistik negara pelabur dan juga jenis sektor pelaburan yang di buat oleh negara terbabit di Pulau Pinang sepanjang tahun 2023 sehingga 2024.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN ANIZA YAHYA
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP2030) bermatlamat untuk memakmurkan negeri sebagai sebuah negeri pintar, harmoni dan bertaraf antarabangsa.
A) Selaras dengan ketetapan 35% menjelang tahun 2030 capaian tenaga kerja yang berpendidikan tertiari, apakah terdapat perancangan dan inisiatif dari pihak kerajaan negeri agar peratusan wanita yang menyertai bidang berkemahiran tinggi setanding berbanding lelaki.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Apakah langkah yang diambil Pihak Berkuasa Tempatan untuk tangani isu penjualan arak secara haram atau tanpa lesen di kedai runcit atau serbaneka?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Apakah langkah yang diambil Pihak Berkuasa Tempatan untuk tangani isu penjualan arak secara haram atau tanpa lesen di kedai runcit atau serbaneka?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Kerajaan negeri telah menyediakan satu amaun yang besar melebihi RM1 juta bagi peruntukan untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT dan pinjaman pengajian.
A) Berapakah jumlah kelulusan dan jumlah penerima manfaat iBita dan ePPN mengikut DUN, ras, pecahan gender dan tahap pengajian bagi tahun 2020 hingga 2023, senaraikan juga spefikasi penerima yang terperinci di DUN Sungai Dua terutama dari segi bilangan permohonan yang lulus dan gagal serta pengkhususan pengajian.
B) Apakah sasaran dan bilangan permohonan yang dianggarkan bagi tahun 2023, jika dilihat dari statistik permohonan menunjukan bilangan peratus yang menerima tawaran semakin menurun dari 60% ke 54% , apakah isu di sebalik dan rumus penyelesaian kerajaan untuk atasinya.
C) Berapakah geran tahunan yang diperuntukkan untuk projek khas pendidikan terutama dalam STEM, Kecerdasan Buatan dan Kerohanian, nyatakan perincian setiap satu yang mampu memanfaatkan semua pelajar di Sungai Dua khususnya.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Masih wujud isu keciciran pelajar cemerlang SPM yang menguburkan niat daripada meneruskan pengajian kerana nekad ingin bekerja dan membantu keluarga. Terdapat juga murid sekolah rendah di Sungai Dua yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana faktor kemiskinan.
A) Berapakah jumlah keseluruhan pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta di Pulau Pinang serta peratusan keciciran di peringkat rendah dan menengah mengikut DUN, pecahan kaum dan gender serta apakah punca keciciran?
B) Apakah mekanisme kawalan dan alternatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebagai langkah awal menangani isu keciciran pelajar yang tinggi di sekolah rendah?
C) Senaraikan Kolej Kemahiran dan institusi TVET yang berdaftar di Pulau Pinang dan apakah program baharu yang dirangka bagi membendung keciciran pelajar di peringkat pendidikan menengah dan tinggi, adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan satu pelan penyelesaian kepada isu ini dan sejauh manakah pelaksanaannya.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Masih wujud isu keciciran pelajar cemerlang SPM yang menguburkan niat daripada meneruskan pengajian kerana nekad ingin bekerja dan membantu keluarga. Terdapat juga murid sekolah rendah di Sungai Dua yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana faktor kemiskinan.
A) Berapakah jumlah keseluruhan pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta di Pulau Pinang serta peratusan keciciran di peringkat rendah dan menengah mengikut DUN, pecahan kaum dan gender serta apakah punca keciciran?
B) Apakah mekanisme kawalan dan alternatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebagai langkah awal menangani isu keciciran pelajar yang tinggi di sekolah rendah?
C) Senaraikan Kolej Kemahiran dan institusi TVET yang berdaftar di Pulau Pinang dan apakah program baharu yang dirangka bagi membendung keciciran pelajar di peringkat pendidikan menengah dan tinggi, adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan satu pelan penyelesaian kepada isu ini dan sejauh manakah pelaksanaannya.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN THIVIYA MANOHARAN
Apakah strategi atau inisiatif yang kerajaan negeri ambil bagi memastikan kesinambungan dan mengekalkan kesihatan kanak-kanak selain dari klinik kerajaan dan swasta yang sedia ada?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN THIVIYA MANOHARAN
Apakah strategi atau langkah kerajaan negeri bagi mempromosikan penuaan sihat (healthy aging) dan menangani penyakit kronik dalam kalangan warga emas?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN HAZWANI ABDUL HALIK
Membantu peniaga-peniaga kecil di kawasan luar bandar adalah penting untuk memajukan ekonomi tempatan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di sana seperti kerajaan Negeri Selangor ada menyatakan "Satu Kampung Satu Produk".
A) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN HAZWANI ABDUL HALIK
Merujuk kepada Belanjawan 2024 yang diumumkan pada 13 Oktober 2023, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM6.8 bilion bagi melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
A) Apakah usaha kerajaan negeri dalam mengembangkan program TVET yang mengambil kira keperluan dan potensi ekonomi kawasan luar bandar bagi memastikan belia-belia luar bandar tidak tercicir daripada peluang pendidikan dan pekerjaan melalui program TVET?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN MUTHURANI SIVASAMY
Kerajaan Negeri telah melancarkan slogan "Keusahawanan Satu Budaya" pada Belanjawan 2023 dan peruntukan di bawah Jawatankuasa MMK Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan.
A) Apakah strategi yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyalurkan bantuan kepada usahawan baharu dan agensi manakah yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan ini?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN MUTHURANI SIVASAMY
Apakah langkah yang telah diambil kerajaan negeri untuk mewujudkan usahawan baharu dalam kalangan belia yang tercicir dalam pelajaran? Satu tindakan perlu diambil oleh kerajaan negeri untuk golongan ini untuk melibatkan diri dalam "Skill Work" agar golongan ini tidak terus terpinggir dalam pembangunan di masa depan.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBOK PUAN NOOR AZURA KASSIM
Belanjawan 2024, sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk memperkasa peranan pusat ekonomi digital di setiap DUN.
A) Adakah terdapat sebarang cadangan agar pusat berpusat khas untuk usahawan wanita khususnya golongan ibu tunggal B40 dibangunkan juga bagi melengkapi pusat ekonomi digital itu kelak.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBOK PUAN NOOR AZURA KASSIM
Penerima gunaan liputan 5G, dapat menyokong pengusaha kecil di peringat komuniti menjual produk secara dalam talian.
A) Bagaimanakah usaha kerajaan negeri dalam membantu pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN NOR FARAH ANIS HASNU
Masalah Jalan Berlubang (Pot-Hole).
A) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kerja penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
B) Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (Pot-Hole) yang diselesaikan oleh pihak berwajib di DUN Penanti?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN NOR FARAH ANIS HASNU
Taman Permainan Kanak-Kanak.
A) Nyatakan berapakah jumlah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki atau dinaiktaraf di negeri Pulau Pinang?
B) Berapakah kekerapan PBT dalam pemantauan fasiliti permainan di taman kanak-kanak serta tempoh pembaikan atau dan naik taraf serta penjagaan taman permainan kanak-kanak itu daripada vandalisme?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN HAMIZAH CHE AMAT
Sebahagian bayaran bantuan kewangan (ex-gratia) melalui skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kepada nelayan terlibat sudah mula diterima.
A) Apakah jaminan Kerajaan Negeri berkenaan jumlah bayaran bantuan SIMP itu akan diterima penuh berbanding hanya 70 peratus bayaran yang diterima kini?
B) Senaraikan jumlah bayaran SIMP yang telah dibayar dan dijangka bayar serta pecahan nelayan yang sudah mendaftar untuk terima ex-gratia itu mengikut kawasan, unit dan jenis lesen nelayan Senaraikan juga peratus bilangan yang masih belum daftar SIMP termasuk kawasan, unit dan jenis lesen.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN DR. CYNTHIA ROSHINI THOMAS
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri bagi membangunkan industri eko-pelancongan terutamanya di kawasan-kawasan di Seberang Perai?
A) Senaraikan juga lokasi eko-pelancongan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dalam pemerhatian khusus.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN DR. CYNTHIA ROSHINI THOMAS
Adakah terdapat kajian bagi status pelancongan di negeri Pulau Pinang yang boleh dijadikan rujukan dan kayu ukur sebelum sebarang pelan pembangunan bagi sektor ini?
A) Jika ada, bagaimanakan dapatan data bagi influks pelancong di kawasan Seberang Perai.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN TAN GUAT KEE
Dalam Belanjawan Pulau Pinang 2023, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.18 juta bagi keperluan pusat-pusat STEM seluruh negeri.
A) Apakah hasil-hasil yang diharapkan akan tercapai dari perbelanjaan itu dan apakah kesan positif kepada masyarakat yang boleh dilihat secara langsung.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN TAN GUAT KEE
Dari semasa ke semasa, ketidakseimbangan dalam bekalan bahan makanan seperti yang berlaku baru-baru ini iaitu bekalan beras, telur & ayam di pasaran.
A) Bolehkah dan bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menyumbang kepada situasi tersebut melalui kepakaran sains & teknologi tempatan supaya mampu beri nilai tambah kepada pengusaha/pengeluar mencapai satu keseimbangan yang wajar supaya masyarakat tidak terkesan akibat ketidakcukupan bekalan yang boleh mencetus kepada kenaikan harga mendadak bagi bekalan terhad itu.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN AZIZUN ISMAIL
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan lagi mutu dan produktiviti khususnya dalam bidang agroteknologi dalam kalangan penggiat dalam sektor ini?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN AZIZUN ISMAIL
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat mengawal selia mutu dan kualiti produktiviti yang dihasilkan para penggiat agar kualitinya setara meskipun kaedah moden dan berteknologi digunakan bagi memperoleh hasil tuai dalam tempoh singkat.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN NUR KAMILIA KHAIRUL ED’ZUAN
Lokasi pembinaan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) meliputi kawasan perairan sekitar Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Tanjung Teluk Tempoyak dan Permatang Damar Laut dengan keluasannya dianggarkan kira-kira 1,821 hektar iaitu tujuh kali saiz George Town.
A) Adakah dengan pengurangan tambakan seperti yang telah dibincangkan oleh pihak Kerajaan Negeri itu tidak akan menjejaskan ekosistem alam dan keunikan di pesisir Pulau Mutiara itu sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN NUR KAMILIA KHAIRUL ED’ZUAN
Adakah wajar untuk Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) diteruskan dalam suasana penduduk yang mendiami kawasan berdekatan projek itu masih dalam keadaan tidak pasti dan risau. Apakah kaedah penerangan yang dilaksanakan pentadbiran ini dalam menyampaikan penerangan mengenai hasil laporan impak projek itu apabila siap kelak mencukupi?
A) Senaraikan fasa penerangan serta kekerapan pihak yang terlibat menjalankan rundingan awal bersama penduduk setempat dan persatuan-persatuan berkenaan serta hasil makluman daripada pertemuan itu
B) Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan para penduduk yang hanya bergantung sumber pendapatan melalui sektor perikanan ini tidak terjejas akibat tambakan projek tersebut?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN DORIS LIEW WAN YIN
Nyatakan secara terperinci pencapaian di bawah MMK Hal Ehwal Bukan Islam dan aktiviti HARMONICO sejak tahun 2018.
A) Apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi setakat ini?
B) Apakah penyelesaiannya? Huraikan
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN DORIS LIEW WAN YIN
Nyatakan jumlah RIBI yang telah berjaya mendaftar dalam sistem eRIBI mengikut daerah.
A) Nyatakan jenis-jenis kemudahan yang ada dalam penggunaan sistem e-RIBI sejak penubuhan ia.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN SURIANI WAHAB
Perpaduan masyarakat boleh juga dilihat, dinikmati, dirasai dengan adanya gabungan jualan melibatkan semua peniaga terdiri dalam kalangan semua bangsa dan agama. Adakah Kerajaan Negeri sependapat dengan penduduk untuk membenarkan satu kawasan lapang yang sesuai sebagai tapak jualan seperti pasar malam dalam kawasan Telok Ayer Tawar.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN SURIANI WAHAB
Apakah terdapat peruntukkan tambahan dari Kerajaan Negeri dalam penganjuran acara keraian sambutan tahunan seperti Hari Kebangsaan, Sambutan Tahun Baharu serta program gotong-royong bersama rakyat yang dijalankan secara berkala untuk menyemarakkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Telok Ayer Tawar.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN THARANI KESAVAN
Apakah 'ekosistem kreatif'?
A) Mengapa kita memerlukannya?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN THARANI KESAVAN
Bagaimanakah impak sektor kreatif ini boleh membantu kami memahami dan menyokong perusahaan yang beroperasi dalam industri kreatif?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN MASHITAH ISMAIL
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelaras agensi-agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelesaikan masalah 19 buah kenderaan usang di kawasan perumahan Taman Tun Sardon serta menangani isu kekurangan kawasan tempat letak kereta di situ yang secara tidak langsung telah beri kesan kepada trafik.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN MASHITAH ISMAIL
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 23 Jun 2023 telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan kelulusan peruntukkan RM1 juta untuk tujuan baik pulih medan selera di Taman Tun Sardon.
A) Huraikan pelan pembangunan Medan Selera Taman Tun Sardon.
B) Nyatakan status terkini pelaksanaan projek tersebut dan maklum balas daripada peniaga semasa tempoh baik pulih itu.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN PUVANESWARI RAMACHANDRAN
Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana keutamaannya adalah untuk merealisasikan projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta projek ‘Silicon Island’, Penang South Island (PSI).
A) Apakah inisiatif kerajaan untuk mempercepatkan permulaan projek LRT Pulau Pinang?
B) Apakah jenis kaedah kerjasama awam swasta (PPP) yang telah dikemukakan dan dipersetujui setakat kini?
C) Bilakah tarikh jangka mula dan siap Fasa 1 & Fasa 2?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN PUVANESWARI RAMACHANDRAN
Dua buah sekolah di Berapit tidak mempunyai fasiliti pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas henti-henti RapidPenang. Ini menyebabkan murid-murid mengalami masalah untuk terlibat kokurikulum serta kelas tambahan selepas waktu sekolah.
A) Apakah usaha bagi mengurangkan kenderaan dan menggalakkan pengangkutan awam sedangkan tiada jaminan laluan perkhidmatan bas di kawasan tersebut?
B) Apakah inisiatif kerajaan bagi membaiki perhubungan jalan raya dalam perkampungan di kawasan Berapit hingga ke Bukit Mertajam?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KOMTAR PUAN SIVASANGARI P. KARTHIGAI RAJU
Peranan penting belia dalam membangunkan dan memajukan negara demi kemaslahatan bersama tidak dapat disangkal.
A) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk beri ruang dan peluang bagi keterampilan belia secara inklusif dalam hal ini?
B) Bagaimanakah belia yang celik inteligensia (genius) masyarakat dapat diperkasakan sepenuhnya demi memangkin kejayaan negara. Bak kata pepatah "Yang Patah Akan Tumbuh, Yang Hilang Akan Berganti”?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KOMTAR PUAN SIVASANGARI P. KARTHIGAI RAJU
Dalam mengecapi wawasan Masyarakat Minda Kelas Pertama, golongan belia yang suka bersukan lebih patriotik kerana faktor semangat juang ketika bersukan atau sekadar penonton dan bersorak dalam temasya kejohanan sukan. Ini merupakan ejen penyatuan masyarakat yang sangat mudah dan penting untuk perpaduan pelbagai bangsa di bawah bendera Jalur Gemilang.
A) Apakah langkah-langkah penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri demi mempengaruhi minda setiap belia agar keterlibatan belia dalam sukan adalah mampan?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI PULAU TIKUS PUAN SUNESHA MUNISAMY
Kesesakan di sekitar kawasan Pasar Awam Pulau Tikus disebabkan ketiadaan tempat meletak kereta.
A) Bilakah tempat letak kereta bertingkat baharu akan dibina bagi menampung jumlah penduduk sekitar Pulau Tikus?
B) Nyatakan peruntukkan yang akan diperuntukkan untuk pembinaan tempat letak kereta ini?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI PULAU TIKUS PUAN SUNESHA MUNISAMY
Kebersihan kedai makan amatlah penting.
A) Senaraikan premis kedai makanan yang mempunyai tahap kebersihan Gred A di kawasan Pulau Tikus.
B) Nyatakan jumlah premis kedai makanan yang ditutup di Pulau Tikus dari tahun 2020 hingga Ogos 2023 disebabkan tidak menepati piawaian kebersihan dari MBPP.
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN SHARMILA KAMAL
Pembangunan yang pesat berikutan dengan jumlah bilangan penduduk yang padat menjadikan aspek sistem perparitan dalam perancangan pembangunan bandar dan desa amat penting.
A) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem perparitan di kawasan Pengkalan Kota diselenggara dengan baik untuk menangani isu banjir kilat?
<Muat Turun Jawapan>
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NUR SHUHADA SUNTONG
Pada tahun 2019 Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melancarkan projek pembinaan Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) iaitu hospital patuh syariah bercirikan wakaf dan zakat.
A) Bagaimanakah status pelabur dan pemaju projek tersebut kerana hingga kini selepas dua kali pelancaran pada tahun 2016 dan 2019 masih gagal dilaksanakan. Apakah puncanya?
B) Apakah MAINPP dan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) masih berhasrat untuk meneruskan pembinaan di tapak tanah wakaf di Bayan Baru? Jika ya, nyatakan pelan komitmen Kerajaan Negeri dan pihak kontraktor atau perunding yang terlibat?
<Muat Turun Jawapan>
1 Puan Zulaiha Mohd Azam N01 - Penaga Pembangkang <Muat Turun Teks>
2 Puan Nazihah Abdul Ghapar N02 - Bertam Backbencher <Muat Turun Teks>
3 Puan Farahziana Mohamad Zain N03 - Pinang Tunggal Pembangkang <Muat Turun Teks>
4 Puan Girija Ramdas N04 - Permatang Berangan Pembangkang <Muat Turun Teks>
5 Puan Fardilla Din N05 - Sungai Dua Ketua Pembangkang <Muat Turun Teks>
6 Puan Rajalaksmi Subbiah N06 - Telok Ayer Tawar Pembangkang <Muat Turun Teks>
7 Puan Nor Azlina Nordin N07 - Sungai Puyu Backbencher <Muat Turun Teks>
8 Puan Hamidah Che Embi N08 - Bagan Jermal Backbencher <Muat Turun Teks>
9 Puan Lam Wooi Fun N09 - Bagan Dalam Backbencher <Muat Turun Teks>
10 Puan Huzaifah Zolkepli N10 - Seberang Jaya Pembangkang <Muat Turun Teks>
11 Puan Iswari Jayaraman N11 - Permatang Pasir Pembangkang <Muat Turun Teks>
12 Puan Koay Ee Ling N12 - Penanti Pembangkang <Muat Turun Teks>
13 Puan Telegavathi Bhacianathan N13 - Berapit Backbencher <Muat Turun Teks>
14 Puan Priyalakshimi Mahenthiran Rayer N14 - Machang Bubuk Backbencher <Muat Turun Teks>
15 Puan Nor Aziana Azreen Roslan N17 - Bukit Tengah Backbencher <Muat Turun Teks>
16 Puan Nariza Zain N18 - Bukit Tambun Backbencher <Muat Turun Teks>
17 Puan Nor Fatimah Asmidar Ya'akop N20 - Sungai Bakap Pembangkang <Muat Turun Teks>
18 Puan Zarina Md Noor N23 - Air Putih Backbencher <Muat Turun Teks>
19 Puan Normaizatul Nisaq Hasan N24 - Kebun Bunga Backbencher <Muat Turun Teks>
20 Puan Salwezah Mohd Zin N25 - Pulau Tikus Backbencher <Muat Turun Teks>
21 Puan Zarinna Abu Zarin N27 - Pengkalan Kota Backbencher <Muat Turun Teks>
22 Puan Sufiatul Farzana Rashidi N28 - Komtar Backbencher <Muat Turun Teks>
23 Puan Teh Bee Gaik N31 - Batu Lancang Backbencher <Muat Turun Teks>
24 Puan Baashini Ramdass N32 - Seri Delima Backbencher <Muat Turun Teks>
25 Puan Farah Amira Zainudin N33 - Air Itam Backbencher <Muat Turun Teks>
26 Puan Gowri Subramaniam N35 - Batu Uban Backbencher <Muat Turun Teks>
27 Puan Ng Hooi Ting N38 - Bayan Lepas Backbencher <Muat Turun Teks>
28 Puan Saroja Perianaigam N39 - Pulau Betong Pembangkang <Muat Turun Teks>
29 Puan Noor Romaszita Abdul Rahim N40 - Teluk Bahang Pembangkang <Muat Turun Teks>