SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN NORAZIDA MAT NAYAN
Setahun yang lalu, 25 keluarga asnaf di Pulau Betong menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Manakala pada tahun 2020, sumbangan diberi kepada 100 keluarga asnaf.
A) Selain daripada bantuan keperluan harian, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk membantu ahli atau ketua keluarga asnaf tersebut dengan peluang pekerjaan yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN HAMIZAH CHE AMAT
Apakah mekanisme yang digunakan Kerajaan Negeri dalam agihan peruntukan untuk setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) melalui peruntukan EXCO?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN SHARMILA KAMAL
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP2030) merupakan satu pernyataan bertulis berkenaan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa.
A) Apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri yang akan dilaksanakan demi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat meskipun keluasan persegi yang kecil serta kepadatan penduduk bagi mencapai indeks kebahagiaan penduduk terjamin?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PUYU PUAN PROF. MADYA DR. SARASWATHI SIMANSALAM
Pelaburan Langsung Asing
A) Apakah impak keseluruhan pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) ke atas pembangunan komuniti tempatan dan adakah ianya sejajar dengan Visi Penang2030?
B) Apakah pelan tindakan yang sedia ada bagi organisasi dan pekerja yang bergantung kepada pelaburan ini sekiranya pelabur asing menarik diri?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN PRIATHARTSINY BALKERRISHNA
A) Senaraikan jenis pengeluaran produk-produk makanan agro dan kapasiti eksport produk keluaran Pulau Betong.
B) Apakah tindakan spesifik kerajaan untuk membangunkan infrastruktur logistik dan pasaran di Pulau Betong?
C) Terangkan bilangan, peranan dan purata hasil pendapatan golongan wanita dalam industri pengeluaran makanan agro di Pulau Betong.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NUR SHUHADA SUNTONG
Senaraikan masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang mengikut pecahan daerah yang mesra kanak-kanak, warga emas dan OKU termasuk yang mempunyai kemudahan penginapan untuk musafir tidak berbayar dan berbayar secara spesifik.
A) Terdapat beberapa masjid yang menyimpan sejarahnya tersendiri, apakah Kerajaan Negeri melihat konsep pelancongan Islamik di Pulau Pinang sebagai salah satu wadah untuk membangunkan syiar Islam di masjid-masjid yang berpotensi?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN PRABAH LOGANATHAN
Menjelang tahun 2040, Pulau Pinang akan mempunyai kadar warga emas yang terbesar di Malaysia iaitu 26.2%.
A) Nyatakan aspek penjagaan bagi warga emas yang tinggal bersendirian tanpa penjaga.
B) Adakah pengangkutan atau ‘special coach’ yang mesra warga emas akan diperkenalkan? Jika ya, bila?
C) Bagaimanakah transformasi digital akan dinormalisasikan bagi warga emas?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHARIFAH KADER IBRAHIM
Terdapat pelbagai jenis koperasi. Apakah ciri-ciri yang menjadikan koperasi-koperasi ini berbeza termasuk jenis aktiviti dan program yang dijalankan dan bagaimana koperasi ini dapat membantu para wanita?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN NORISHA IBRAHIM CHONG
Mengambil kira penyertaan rakyat mengenai hak-hak wanita dan kesaksamaan gender, minta kerajaan nyatakan usaha dan langkah-langkah yang sudah dilaksanakan bagi Dasar Keterangkuman Gender (DKG) sebagai asas dalam memacu ke arah mencapai Penang 2030.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN DR. THRIPURASUNDERE K. MAHARAJA
Apakah langkah keselamatan yang digunakan bagi memastikan pembangunan pesat penerokaan hutan yang sedang berlaku di kawasan Air Itam selari dengan keselamatan persekitaran serta tidak mengancam sebarang pergerakan tanah dan muka buminya selain khazanah flora dan faunanya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN ANIZA YAHYA
Apakah statistik penglibatan kes-kes jenayah di kawasan Batu Uban seperti kes ragut dan penyalahgunaan dadah?
A) Sila berikan data mengikut kategori umur dan jantina.
B) Apakah program-program yang dirancang bagi membendung gejala ini.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Apakah tindakan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menghapuskan peniaga yang salah guna lesen perniagaan mereka serta 'mengalibabakan' lesen perniagaan dengan memberikannya kepada peniaga asing?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Kerangka pentadbiran negeri telah meletakkan visi Pulau Pinang ke Arah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa.
A) Berapakah jumlah agihan peruntukan yang diberikan kepada institusi pendidikan (premier dan sekunder) termasuk SABK dan SRA mengikut pecahan DUN, ras dan jenis institusi bagi tujuan pemerkasaan akses digital dengan menyatakan juga jumlah permohonan sama ada yang lulus dan ditolak serta sebab permohonan ditolak.
B) Senaraikan pusat sehenti atau Rehab-Digital hab yang dijadikan sebagai pusat pendidikan dalam komuniti selain dari PSC, Penang Digital Library yang boleh diakses oleh pelajar mengikut senarai di setiap daerah.
C) Apakah mekanisme yang digunakan bagi melaksanakan kawalan untuk memastikan kualiti pendidikan terutama berteraskan digital ini dapat dinikmati oleh semua sosialisasi masyarakat serta siapakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan dalam isu keciciran pelajar dalam pendidikan terutama pendidikan digital.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN THIVIYA MANOHARAN
Dalam konteks kebajikan sosial, apakah langkah proaktif yang lakukan bagi meningkatkan kolaborasi antara sistem insurans kesihatan dan sistem sokongan lain untuk menyediakan jaringan keselamatan yang komprehensif untuk penduduk warganegara rentan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Hasil pemerhatian saya, majoriti peniaga-peniaga kecil di kawasan luar bandar tidak memiliki lesen perniagaan yang dikeluarkan sama ada oleh MBPP atau MBSP?
A) Apakah perancangan kerajaan negeri dalam membantu usahawan atau peniaga luar bandar ini untuk lakukan penstrukturan dan menyediakan infrastruktur kondusif tanpa menjejaskan perniagaan sedia ada? Ini adalah supaya mereka juga dapat menikmati pelbagai faedah melalui lesen niaga yang sah.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN AZIZUN ISMAIL
Adakah Kerajaan Negeri telah bersiap sedia menggalakkan kaedah pertanian moden dengan menyediakan subsidi secukupnya kepada para pengamal bidang agroteknologi ini.
A) Serta adakah kaedah rujukan yang telah dikenal pasti bagi menyediakan mereka ini dengan ilmu-ilmu pertanian terkini supaya dapat meningkatkan hasil pengeluaran sekali gus membantu mereka terus berdaya saing.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN PUVANESWARI RAMACHANDRAN
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 yang bernas oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan baru-baru ini, sektor pengangkutan secara menyeluruh diperuntukkan sebanyak RM455 juta.
A) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan semula perkhidmatan feri kenderaan melalui pelan ‘Iconic Ferry’ untuk rakyat Pulau Pinang?
B) Berapakah kos yang diperuntukkan untuk pembangunan ‘Iconic Ferry’ dan terminal baharu?
C) Bilakah jangka masa untuk menyiapkan projek ini dan jelaskan fasa-fasa yang berkaitan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBOK PUAN NOOR AZURA KASSIM
Pada September 2023, Digital Nasional Berhad (DNB) telah berjaya membangunkan rangkaian 5G dengan liputan di kawasan berpenduduk 70.2 peratus. Penerima gunaan rangkaian 5G di perhebat dengan kerjasama syarikat telekomunikasi supaya ramai pengguna dan perusahaan mendapat manfaatnya.
A) Selain daripada itu, bagaimanakah peranan kecanggihan rangkaian ini di sekolah dalam usaha penerima gunaan liputan 5G?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN NUR KAMILIA KHAIRUL ED’ZUAN
Kerajaan Pulau Pinang menerusi Pejabat Tanah & Galian (PTG) sedang mengenal pasti 'tanah hak milik tidak terang' yang berpotensi bagi pelaksanaan projek seperti pembinaan infrastruktur & perumahan. Berdasarkan kenyataan YAB Ketua Menteri sebelum ini, Pulau Pinang berdepan cabaran tanah yang terhad meskipun negeri itu menjadi pilihan pelabur di rantau ini?
A) Apakah nasib penduduk yang menumpang di tanah tersebut dan akan berlakukah pertikaian bahawa pihak kerajaan lebih mementingkan sektor kewangan berbanding rakyat sendiri?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN NOR FARRAH ANIS HASNU
Dewan Serbaguna, Dewan Orang Ramai dan Balai Raya.
A) Di negeri Pulau Pinang, setiap Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai Dewan Serbaguna, Dewan Orang Ramai dan Balai Raya di bawah seliaan dan jagaannya. Sila berikan senarai lengkap semua dewan-dewan yang berada di bawah pengawasan Pejabat-Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN DR. CYNTHIA ROSHINI THOMAS
Apakah status perkembangan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang yang dibentangkan pada tahun 2020?
A) Mengapa kawasan yang dikenal pasti untuk eko-pelancongan terutamanya di Sungai Juru, Bukit Juru dan Taman Rekreasi Sungai Juru di SPT masih belum ada perubahan dan impak aktiviti pelancongan?
B) Apakah usaha terkini untuk menggiatkan industri eko-pelancongan di kawasan Bukit Tengah?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN TAN GUAT KEE
Era ini kita cenderung kepada penggunaan e-commerce, e-bayaran, perbankan Internet dan pelbagai jenis kaedah moden untuk urusan seharian untuk membeli-belah, bayar bil elektrik & air. Tapi masih ada sebilangan besar dalam masyarakat kita yang masih ketinggalan terutama mereka yang lebih berumur atau tidak terdedah dengan peranti elektronik.
A) Adakah usaha atasinya dan bagaimana Kerajaan Negeri dapat mendekati dan meningkatkan pengetahuan golongan ini agar tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi moden ketika berurus-niaga harian dalam jangka masa lima tahun.
B) Serta jenayah penipuan dalam talian atau scam juga mungkin boleh mendedahkan golongan ini kepada bahaya sindiket tersebut. Apakah langkah wajar dan awal bagi tanganinya?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN DORIS LIEW WAN YIN
Nyatakan jumlah (dalam hektar) tanah RIBI di Pulau Pinang dan Kawasan DUN Kebun Bunga sejak tahun 2018.
A) Berapakah dari jumlah tanah RIBI ini telah diperuntukkan kepada institusi agama? Nyatakan secara terperinci.
B) Nyatakan secara terperinci jumlah permohonan tanah RIBI dalam senarai menunggu.
C) Memandangkan tanah yang terhad di Pulau Pinang dan banyak permohonan untuk tanah RIBI, apakah strategi jangka sederhana dan panjang kerajaan Pulau Pinang dalam mengatasi isu ketersediaan tanah RIBI?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN SURIANI WAHAB
Bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat di kawasan Telok Ayer Tawar adalah dengan menyelesaikan masalah isu ketagihan dan pengedaran dadah di kalangan penduduk setempat. Apakah tindakan dan pelan jangka panjang kerajaan negeri bagi membanteras isu ini?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN MASHITAH ISMAIL
Bandar Mesra Usia (Age-Friendly City).
A) Bagaimana matlamat dan tujuan inisiatif tersebut agar dapat membantu warga emas dan pesara yang majoritinya tinggal bersendirian di rumah pangsa ‘tertua’ Taman Tun Sardon?
B) Apakah strategi pelaksanaan dari aspek perumahan yang bakal digunakan mengikut domain yang menjadi dasar kewujudan Bandar Mesra Usia?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KOMTAR PUAN SIVASANGARI P. KARTHIGAI RAJU
Golongan belia bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada dalam institusi keluarga, masyarakat, organisasi mahupun pentadbiran negara.
A) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk melakukan anjakan paradigma ini agar ianya dapat dilaksanakan terutama melibatkan sebahagian belia yang masih leka dibelenggu kemelut sosial secara efektif?
B) Bagaimanakah faktor sukan dapat digunakan bagi menerapkan nilai yang sama dalam usaha memperkasakan golongan ini sebagai pemimpin masa hadapan?
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS PUAN SUNESHA MUNISAMY
Banyak sistem perkhidmatan pelanggan antara PBT dan rakyat kini dilakukan secara dalam talian. Namun demikian masih wujud golongan yang terpinggir dan asing daripada arus teknologi.
A) Huraikan rancangan alternatif Kerajaan Negeri untuk bantu mereka termasuk warga emas yang tidak fasih menggunakan alat elektronik terutama sekali apabila meletak kenderaan di parkir awam berbayar melalui Penang Smart Parking (FSP).
SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN THARANI KESAVAN
Adakah terdapat sebarang masalah ketidakpadanan antara pendekatan dasar semasa Kerajaan Negeri dengan inspirasi penggiat atau pengamal dalam bidang ekonomi kreatif tempatan yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dalam sektor tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN HAMIZAH CHE AMAT
Adakah Kerajaan Negeri merasakan pembayaran Skim iSejahtera kepada ibu tunggal sebanyak RM100 mencukupi setahun? Ini kerana sejak tahun 2018 tiada kenaikan bagi skim tersebut.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN SHARMILA KAMAL
Penambakan laut yang dilakukan secara besar-besaran di bawah Penang South Island (PSI) memacu konsep komersial dan pembangunan baharu yang mampan.
A) Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan idea pelan perancangan menggunakan pesisiran pantai Pengkalan Kota dalam membangunkan projek ‘Go Green Recreation Area’ iaitu penyediaan taman rekreasi dan riadah untuk penduduk?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN ANIZA YAHYA
Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang warganya sedang mengalami usia penuaan. Selaras dengan Visi Penang2030 ke arah menjadikan Pulau Pinang negeri mesra keluarga serta menuju ke arah menjadi Bandar Mesra Usia.
A) Sejauh manakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan ini juga berkepentingan untuk turut aktif menyumbang.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PUYU PUAN PROF. MADYA DR. SARASWATHI SIMANSALAM
Apakah pelan tindakan yang sedia ada untuk mengawal teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dari segi pekerjaan, upah/gaji serta kebolehan rakyat untuk terus berdaya saing mendepani era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang kini banyak bergantung melalui teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT).
A) Apakah peluang yang ada bagi golongan M40 dan B40 untuk memperkasakan kemahiran dan penguasaan mereka dalam peluang ekonomi yang dijana oleh IoT?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PUYU PUAN PROF. MADYA DR. SARASWATHI SIMANSALAM
Berapakah jumlah peratusan perniagaan di negeri Pulau Pinang yang operasinya berlandaskan dalam talian (online) dan penghantaran (delivery)?
A) Mampukah modus operandi ini kekal berdaya saing bagi jangka masa panjang? Serta adakah ini sejajar dengan Visi Penang2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals)?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN PRIATHARTSINY BALKERISHNA
Apakah bilangan sebenar pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based) yang berdaftar dan bersijil di Pulau Pinang?
A) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan ketidakupayaan pengusaha tersebut mengekalkan skim jaminan keselamatan makanan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG PUAN PRIATHARTSINY BALKERISHNA
Apakah status perkembangan terkini Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) termasuk usaha-usaha keterjaminan sumber laut dan ekologi?
A) Nyatakan usaha-usaha terkini yang diambil untuk pastikan sekuriti makanan negeri terjamin ekoran pembangunan tanah yang pesat serta perubahan iklim dunia. Huraikan pelan jangka masa panjang dan pendek.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NUR SHUHADA SUNTONG
Senaraikan premis perniagaan atau usahawan bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang menerima bantuan oleh Zakat Pulau Pinang serta jenis bantuan yang diterima mereka.
A) Apakah jenis perniagaan yang layak memohon sebagai penerima bantuan dan berapakah jumlah had modal perniagaan yang diterima?
B) Adakah sebarang hasil kajian setempat di DUN Permatang Berangan agar berpotensi dibangunkan sebagai pusat pelancongan Islamik atau agro-pelancongan pada masa akan datang?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN PRABAH LOGANATHAN
Hebahan mengenai Bandar Mesra OKU sering kali disebut, namun masih belum menjadi realiti.
A) Nyatakan jumlah OKU berdaftar dan jangkaan bagi tidak mendaftar di Pulau Pinang dan usaha-usaha yang akan dilakukan dari segi infrastruktur untuk menjadikan negeri ini mesra OKU.
B) Berapakah jumlah peruntukkan dan jangka masa disasarkan bagi merealisasikan usaha-usaha tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH PUAN PRABAH LOGANATHAN
Walaupun mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015, ia tidak dilaksanakan dengan sempurna.
A) Nyatakan bilangan kes penderaan haiwan yang dilaporkan di Pulau Pinang.
B) Adakah pihak berkuasa mempunyai langkah-langkah mengetatkan penguatkuasaan bagi menjamin kebajikan haiwan daripada penderaan?
C) Adakah pihak kerajaan bersedia menyalur peruntukkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ambil inisiatif melindungi kebajikan haiwan yang didera dan terbiar?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN NORAZIDA MAT NAYAN
Mohon senaraikan lima (5) jenis industri yang menyumbang pendapatan tertinggi ekonomi negeri bagi tahun 2022 hingga Jun 2023 berserta jumlah hasilnya.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERTAM PUAN NORAZIDA MAT NAYAN
Sehingga September 2022, Pulau Pinang menyumbang 33.2% daripada nilai eksport negara dan kekal sebagai negeri pengeksport utama negara, nyatakan pecahan industri eksport mengikut daerah berserta nilai eksport.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHARIFAH I KADER IBRAHIM
Apakah peranan kerajaan dalam memastikan koperasi di Teluk Bahang berkesan dan aktif, memandangkan kurangnya penglibatan komuniti masyarakat khususnya di Teluk Bahang? Adakah terdapat insentif khusus atau usaha yang telah diambil bagi mengatasi isu ini agar ianya memberi manfaat kepada masyarakat.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG PUAN SHARIFAH I KADER IBRAHIM
Berapakah jumlah dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk memajukan koperasi-koperasi yang sedia ada terutama di Teluk Bahang dan bagaimanakah kawalan serta pemantauan terhadap penggunaan dana ini dilakukan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN NORISHA IBRAHIM CHONG
Dasar Keterangkuman Gender (DKG) memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua lelaki dan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dan pelaksanaan. Selain lantikan MPKK 30% wanita, Adakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan penglibatan wanita di semua peringkat pelaksanaan di jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI BAKAP PUAN NORISHA IBRAHIM CHONG
Penerapan dan pendedahan komuniti dalam mengurangkan ketidaksamaan merupakan insentif Visi Penang2030, berusaha mengukuhkan penyertaan sivik dalam kehidupan masyarakat. Nyatakan jumlah individu dan komuniti terutamanya wanita yang menyertai program kesukarelawanan dalam kemasyarakatan, dan apakah kesan atau sumbangan bagi yang sudah menyertai program ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN DR. THRIPURASUNDERE K. MAHARAJA
Nyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin alam sekitar di kawasan tumpuan pelancong terutamanya di pusat bandar kekal bersih dan tidak tercemar?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM PUAN DR. THRIPURASUNDERE K. MAHARAJA
Apakah pelan pelaksanaan lain oleh kerajaan negeri untuk menambah baik pembangunan alam sekitar yang terjejas ekoran tindakan manusia?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN PUAN ANIZA YAHYA
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP2030) bermatlamat untuk memakmurkan negeri sebagai sebuah negeri pintar, harmoni dan bertaraf antarabangsa.
A) Selaras dengan ketetapan 35% menjelang tahun 2030 capaian tenaga kerja yang berpendidikan tertiari, apakah terdapat perancangan dan inisiatif dari pihak kerajaan negeri agar peratusan wanita yang menyertai bidang berkemahiran tinggi setanding berbanding lelaki.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Apakah langkah yang diambil Pihak Berkuasa Tempatan untuk tangani isu penjualan arak secara haram atau tanpa lesen di kedai runcit atau serbaneka?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM PUAN LOGASHENE SUKUMARAN
Apakah langkah yang diambil Pihak Berkuasa Tempatan untuk tangani isu penjualan arak secara haram atau tanpa lesen di kedai runcit atau serbaneka?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Kerajaan negeri telah menyediakan satu amaun yang besar melebihi RM1 juta bagi peruntukan untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT dan pinjaman pengajian.
A) Berapakah jumlah kelulusan dan jumlah penerima manfaat iBita dan ePPN mengikut DUN, ras, pecahan gender dan tahap pengajian bagi tahun 2020 hingga 2023, senaraikan juga spefikasi penerima yang terperinci di DUN Sungai Dua terutama dari segi bilangan permohonan yang lulus dan gagal serta pengkhususan pengajian.
B) Apakah sasaran dan bilangan permohonan yang dianggarkan bagi tahun 2023, jika dilihat dari statistik permohonan menunjukan bilangan peratus yang menerima tawaran semakin menurun dari 60% ke 54% , apakah isu di sebalik dan rumus penyelesaian kerajaan untuk atasinya.
C) Berapakah geran tahunan yang diperuntukkan untuk projek khas pendidikan terutama dalam STEM, Kecerdasan Buatan dan Kerohanian, nyatakan perincian setiap satu yang mampu memanfaatkan semua pelajar di Sungai Dua khususnya.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Masih wujud isu keciciran pelajar cemerlang SPM yang menguburkan niat daripada meneruskan pengajian kerana nekad ingin bekerja dan membantu keluarga. Terdapat juga murid sekolah rendah di Sungai Dua yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana faktor kemiskinan.
A) Berapakah jumlah keseluruhan pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta di Pulau Pinang serta peratusan keciciran di peringkat rendah dan menengah mengikut DUN, pecahan kaum dan gender serta apakah punca keciciran?
B) Apakah mekanisme kawalan dan alternatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebagai langkah awal menangani isu keciciran pelajar yang tinggi di sekolah rendah?
C) Senaraikan Kolej Kemahiran dan institusi TVET yang berdaftar di Pulau Pinang dan apakah program baharu yang dirangka bagi membendung keciciran pelajar di peringkat pendidikan menengah dan tinggi, adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan satu pelan penyelesaian kepada isu ini dan sejauh manakah pelaksanaannya.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA PUAN AINI NAJWA OTHMAN
Masih wujud isu keciciran pelajar cemerlang SPM yang menguburkan niat daripada meneruskan pengajian kerana nekad ingin bekerja dan membantu keluarga. Terdapat juga murid sekolah rendah di Sungai Dua yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana faktor kemiskinan.
A) Berapakah jumlah keseluruhan pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta di Pulau Pinang serta peratusan keciciran di peringkat rendah dan menengah mengikut DUN, pecahan kaum dan gender serta apakah punca keciciran?
B) Apakah mekanisme kawalan dan alternatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebagai langkah awal menangani isu keciciran pelajar yang tinggi di sekolah rendah?
C) Senaraikan Kolej Kemahiran dan institusi TVET yang berdaftar di Pulau Pinang dan apakah program baharu yang dirangka bagi membendung keciciran pelajar di peringkat pendidikan menengah dan tinggi, adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan satu pelan penyelesaian kepada isu ini dan sejauh manakah pelaksanaannya.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN THIVIYA MANOHARAN
Apakah strategi atau inisiatif yang kerajaan negeri ambil bagi memastikan kesinambungan dan mengekalkan kesihatan kanak-kanak selain dari klinik kerajaan dan swasta yang sedia ada?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG PUAN THIVIYA MANOHARAN
Apakah strategi atau langkah kerajaan negeri bagi mempromosikan penuaan sihat (healthy aging) dan menangani penyakit kronik dalam kalangan warga emas?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN HAZWANI ABDUL HALIK
Membantu peniaga-peniaga kecil di kawasan luar bandar adalah penting untuk memajukan ekonomi tempatan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di sana seperti kerajaan Negeri Selangor ada menyatakan "Satu Kampung Satu Produk".
A) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR PUAN HAZWANI ABDUL HALIK
Merujuk kepada Belanjawan 2024 yang diumumkan pada 13 Oktober 2023, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM6.8 bilion bagi melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
A) Apakah usaha kerajaan negeri dalam mengembangkan program TVET yang mengambil kira keperluan dan potensi ekonomi kawasan luar bandar bagi memastikan belia-belia luar bandar tidak tercicir daripada peluang pendidikan dan pekerjaan melalui program TVET?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN MUTHURANI SIVASAMY
Kerajaan Negeri telah melancarkan slogan "Keusahawanan Satu Budaya" pada Belanjawan 2023 dan peruntukan di bawah Jawatankuasa MMK Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan.
A) Apakah strategi yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyalurkan bantuan kepada usahawan baharu dan agensi manakah yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA PUAN MUTHURANI SIVASAMY
Apakah langkah yang telah diambil kerajaan negeri untuk mewujudkan usahawan baharu dalam kalangan belia yang tercicir dalam pelajaran? Satu tindakan perlu diambil oleh kerajaan negeri untuk golongan ini untuk melibatkan diri dalam "Skill Work" agar golongan ini tidak terus terpinggir dalam pembangunan di masa depan.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBOK PUAN NOOR AZURA KASSIM
Belanjawan 2024, sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk memperkasa peranan pusat ekonomi digital di setiap DUN.
A) Adakah terdapat sebarang cadangan agar pusat berpusat khas untuk usahawan wanita khususnya golongan ibu tunggal B40 dibangunkan juga bagi melengkapi pusat ekonomi digital itu kelak.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBOK PUAN NOOR AZURA KASSIM
Penerima gunaan liputan 5G, dapat menyokong pengusaha kecil di peringat komuniti menjual produk secara dalam talian.
A) Bagaimanakah usaha kerajaan negeri dalam membantu pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN NOR FARAH ANIS HASNU
Masalah Jalan Berlubang (Pot-Hole).
A) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kerja penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
B) Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (Pot-Hole) yang diselesaikan oleh pihak berwajib di DUN Penanti?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENANTI PUAN NOR FARAH ANIS HASNU
Taman Permainan Kanak-Kanak.
A) Nyatakan berapakah jumlah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki atau dinaiktaraf di negeri Pulau Pinang?
B) Berapakah kekerapan PBT dalam pemantauan fasiliti permainan di taman kanak-kanak serta tempoh pembaikan atau dan naik taraf serta penjagaan taman permainan kanak-kanak itu daripada vandalisme?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENAGA PUAN HAMIZAH CHE AMAT
Sebahagian bayaran bantuan kewangan (ex-gratia) melalui skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kepada nelayan terlibat sudah mula diterima.
A) Apakah jaminan Kerajaan Negeri berkenaan jumlah bayaran bantuan SIMP itu akan diterima penuh berbanding hanya 70 peratus bayaran yang diterima kini?
B) Senaraikan jumlah bayaran SIMP yang telah dibayar dan dijangka bayar serta pecahan nelayan yang sudah mendaftar untuk terima ex-gratia itu mengikut kawasan, unit dan jenis lesen nelayan Senaraikan juga peratus bilangan yang masih belum daftar SIMP termasuk kawasan, unit dan jenis lesen.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN DR. CYNTHIA ROSHINI THOMAS
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri bagi membangunkan industri eko-pelancongan terutamanya di kawasan-kawasan di Seberang Perai?
A) Senaraikan juga lokasi eko-pelancongan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dalam pemerhatian khusus.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH PUAN DR. CYNTHIA ROSHINI THOMAS
Adakah terdapat kajian bagi status pelancongan di negeri Pulau Pinang yang boleh dijadikan rujukan dan kayu ukur sebelum sebarang pelan pembangunan bagi sektor ini?
A) Jika ada, bagaimanakan dapatan data bagi influks pelancong di kawasan Seberang Perai.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN TAN GUAT KEE
Dalam Belanjawan Pulau Pinang 2023, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.18 juta bagi keperluan pusat-pusat STEM seluruh negeri.
A) Apakah hasil-hasil yang diharapkan akan tercapai dari perbelanjaan itu dan apakah kesan positif kepada masyarakat yang boleh dilihat secara langsung.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAGAN JERMAL PUAN TAN GUAT KEE
Dari semasa ke semasa, ketidakseimbangan dalam bekalan bahan makanan seperti yang berlaku baru-baru ini iaitu bekalan beras, telur & ayam di pasaran.
A) Bolehkah dan bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menyumbang kepada situasi tersebut melalui kepakaran sains & teknologi tempatan supaya mampu beri nilai tambah kepada pengusaha/pengeluar mencapai satu keseimbangan yang wajar supaya masyarakat tidak terkesan akibat ketidakcukupan bekalan yang boleh mencetus kepada kenaikan harga mendadak bagi bekalan terhad itu.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN AZIZUN ISMAIL
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan lagi mutu dan produktiviti khususnya dalam bidang agroteknologi dalam kalangan penggiat dalam sektor ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS PUAN AZIZUN ISMAIL
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat mengawal selia mutu dan kualiti produktiviti yang dihasilkan para penggiat agar kualitinya setara meskipun kaedah moden dan berteknologi digunakan bagi memperoleh hasil tuai dalam tempoh singkat.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN NUR KAMILIA KHAIRUL ED’ZUAN
Lokasi pembinaan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) meliputi kawasan perairan sekitar Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Tanjung Teluk Tempoyak dan Permatang Damar Laut dengan keluasannya dianggarkan kira-kira 1,821 hektar iaitu tujuh kali saiz George Town.
A) Adakah dengan pengurangan tambakan seperti yang telah dibincangkan oleh pihak Kerajaan Negeri itu tidak akan menjejaskan ekosistem alam dan keunikan di pesisir Pulau Mutiara itu sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PINANG TUNGGAL PUAN NUR KAMILIA KHAIRUL ED’ZUAN
Adakah wajar untuk Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) diteruskan dalam suasana penduduk yang mendiami kawasan berdekatan projek itu masih dalam keadaan tidak pasti dan risau. Apakah kaedah penerangan yang dilaksanakan pentadbiran ini dalam menyampaikan penerangan mengenai hasil laporan impak projek itu apabila siap kelak mencukupi?
A) Senaraikan fasa penerangan serta kekerapan pihak yang terlibat menjalankan rundingan awal bersama penduduk setempat dan persatuan-persatuan berkenaan serta hasil makluman daripada pertemuan itu
B) Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan para penduduk yang hanya bergantung sumber pendapatan melalui sektor perikanan ini tidak terjejas akibat tambakan projek tersebut?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN DORIS LIEW WAN YIN
Nyatakan secara terperinci pencapaian di bawah MMK Hal Ehwal Bukan Islam dan aktiviti HARMONICO sejak tahun 2018.
A) Apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi setakat ini?
B) Apakah penyelesaiannya? Huraikan
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA PUAN DORIS LIEW WAN YIN
Nyatakan jumlah RIBI yang telah berjaya mendaftar dalam sistem eRIBI mengikut daerah.
A) Nyatakan jenis-jenis kemudahan yang ada dalam penggunaan sistem e-RIBI sejak penubuhan ia.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN SURIANI WAHAB
Perpaduan masyarakat boleh juga dilihat, dinikmati, dirasai dengan adanya gabungan jualan melibatkan semua peniaga terdiri dalam kalangan semua bangsa dan agama. Adakah Kerajaan Negeri sependapat dengan penduduk untuk membenarkan satu kawasan lapang yang sesuai sebagai tapak jualan seperti pasar malam dalam kawasan Telok Ayer Tawar.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TELOK AYER TAWAR PUAN SURIANI WAHAB
Apakah terdapat peruntukkan tambahan dari Kerajaan Negeri dalam penganjuran acara keraian sambutan tahunan seperti Hari Kebangsaan, Sambutan Tahun Baharu serta program gotong-royong bersama rakyat yang dijalankan secara berkala untuk menyemarakkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Telok Ayer Tawar.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN THARANI KESAVAN
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN PUAN THARANI KESAVAN
Bagaimanakah impak sektor kreatif ini boleh membantu kami memahami dan menyokong perusahaan yang beroperasi dalam industri kreatif?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN MASHITAH ISMAIL
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelaras agensi-agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelesaikan masalah 19 buah kenderaan usang di kawasan perumahan Taman Tun Sardon serta menangani isu kekurangan kawasan tempat letak kereta di situ yang secara tidak langsung telah beri kesan kepada trafik.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA PUAN MASHITAH ISMAIL
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 23 Jun 2023 telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan kelulusan peruntukkan RM1 juta untuk tujuan baik pulih medan selera di Taman Tun Sardon.
A) Huraikan pelan pembangunan Medan Selera Taman Tun Sardon.
B) Nyatakan status terkini pelaksanaan projek tersebut dan maklum balas daripada peniaga semasa tempoh baik pulih itu.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN PUVANESWARI RAMACHANDRAN
Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana keutamaannya adalah untuk merealisasikan projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta projek ‘Silicon Island’, Penang South Island (PSI).
A) Apakah inisiatif kerajaan untuk mempercepatkan permulaan projek LRT Pulau Pinang?
B) Apakah jenis kaedah kerjasama awam swasta (PPP) yang telah dikemukakan dan dipersetujui setakat kini?
C) Bilakah tarikh jangka mula dan siap Fasa 1 & Fasa 2?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BERAPIT PUAN PUVANESWARI RAMACHANDRAN
Dua buah sekolah di Berapit tidak mempunyai fasiliti pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas henti-henti RapidPenang. Ini menyebabkan murid-murid mengalami masalah untuk terlibat kokurikulum serta kelas tambahan selepas waktu sekolah.
A) Apakah usaha bagi mengurangkan kenderaan dan menggalakkan pengangkutan awam sedangkan tiada jaminan laluan perkhidmatan bas di kawasan tersebut?
B) Apakah inisiatif kerajaan bagi membaiki perhubungan jalan raya dalam perkampungan di kawasan Berapit hingga ke Bukit Mertajam?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KOMTAR PUAN SIVASANGARI P. KARTHIGAI RAJU
Peranan penting belia dalam membangunkan dan memajukan negara demi kemaslahatan bersama tidak dapat disangkal.
A) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk beri ruang dan peluang bagi keterampilan belia secara inklusif dalam hal ini?
B) Bagaimanakah belia yang celik inteligensia (genius) masyarakat dapat diperkasakan sepenuhnya demi memangkin kejayaan negara. Bak kata pepatah "Yang Patah Akan Tumbuh, Yang Hilang Akan Berganti”?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KOMTAR PUAN SIVASANGARI P. KARTHIGAI RAJU
Dalam mengecapi wawasan Masyarakat Minda Kelas Pertama, golongan belia yang suka bersukan lebih patriotik kerana faktor semangat juang ketika bersukan atau sekadar penonton dan bersorak dalam temasya kejohanan sukan. Ini merupakan ejen penyatuan masyarakat yang sangat mudah dan penting untuk perpaduan pelbagai bangsa di bawah bendera Jalur Gemilang.
A) Apakah langkah-langkah penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri demi mempengaruhi minda setiap belia agar keterlibatan belia dalam sukan adalah mampan?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI PULAU TIKUS PUAN SUNESHA MUNISAMY
Kesesakan di sekitar kawasan Pasar Awam Pulau Tikus disebabkan ketiadaan tempat meletak kereta.
A) Bilakah tempat letak kereta bertingkat baharu akan dibina bagi menampung jumlah penduduk sekitar Pulau Tikus?
B) Nyatakan peruntukkan yang akan diperuntukkan untuk pembinaan tempat letak kereta ini?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI PULAU TIKUS PUAN SUNESHA MUNISAMY
Kebersihan kedai makan amatlah penting.
A) Senaraikan premis kedai makanan yang mempunyai tahap kebersihan Gred A di kawasan Pulau Tikus.
B) Nyatakan jumlah premis kedai makanan yang ditutup di Pulau Tikus dari tahun 2020 hingga Ogos 2023 disebabkan tidak menepati piawaian kebersihan dari MBPP.
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA PUAN SHARMILA KAMAL
Pembangunan yang pesat berikutan dengan jumlah bilangan penduduk yang padat menjadikan aspek sistem perparitan dalam perancangan pembangunan bandar dan desa amat penting.
A) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem perparitan di kawasan Pengkalan Kota diselenggara dengan baik untuk menangani isu banjir kilat?
SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN PUAN NUR SHUHADA SUNTONG
Pada tahun 2019 Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melancarkan projek pembinaan Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) iaitu hospital patuh syariah bercirikan wakaf dan zakat.
A) Bagaimanakah status pelabur dan pemaju projek tersebut kerana hingga kini selepas dua kali pelancaran pada tahun 2016 dan 2019 masih gagal dilaksanakan. Apakah puncanya?
B) Apakah MAINPP dan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) masih berhasrat untuk meneruskan pembinaan di tapak tanah wakaf di Bayan Baru? Jika ya, nyatakan pelan komitmen Kerajaan Negeri dan pihak kontraktor atau perunding yang terlibat?
1 Puan Hamizah Che Amat N01 - Penaga Pembangkang <Muat Turun Teks>
2 Puan Norazida Mat Nayan N02 - Bertam Backbencher <Muat Turun Teks>
3 Puan Nur Kamilia Khairul Ed’zuan N03 - Pinang Tunggal Pembangkang <Muat Turun Teks>
4 Puan Otr. Nur Shuhada Suntong N04 - Permatang Berangan Pembangkang <Muat Turun Teks>
5 Puan Aini Najwa Othman N05 - Sungai Dua Ketua Pembangkang <Muat Turun Teks>
6 Puan Suriani Wahab N06 - Telok Ayer Tawar Pembangkang <Muat Turun Teks>
7 Puan Prof. Madya Dr. Saraswathi Simansalam N07 - Sungai Puyu Backbencher <Muat Turun Teks>
8 Puan Tan Guat Kee N08 - Bagan Jermal Backbencher <Muat Turun Teks>
9 Puan Logashene Sukumaran N09 - Bagan Dalam Backbencher <Muat Turun Teks>
10 Puan Muthurani Sivasamy N10 - Seberang Jaya Pembangkang <Muat Turun Teks>
11 Puan Hazwani Abdul Halik N11 - Permatang Pasir Pembangkang <Muat Turun Teks>
12 Puan Nor Farrah Anis Hasnu N12 - Penanti Pembangkang <Muat Turun Teks>
13 Puan Dr. R.Puvaneswari Ramachandran N13 - Berapit Backbencher <Muat Turun Teks>
14 Puan Noor Azura Kassim N14 - Machang Bubuk Backbencher <Muat Turun Teks>
15 Puan Dr Cynthia Roshini Thomas N17 - Bukit Tengah Backbencher <Muat Turun Teks>
16 Puan Tharani Kesavan N18 - Bukit Tambun Backbencher <Muat Turun Teks>
17 Puan Norisha Ibrahim Chong N20 - Sungai Bakap Pembangkang <Muat Turun Teks>
18 Puan Prabah Loganathan N23 - Air Putih Backbencher <Muat Turun Teks>
19 Puan Doris Liew Wan Yin N24 - Kebun Bunga Backbencher <Muat Turun Teks>
20 Puan Sunesha Munisamy N25 - Pulau Tikus Backbencher <Muat Turun Teks>
21 Puan Sharmila Kamal N27 - Pengkalan Kota Backbencher <Muat Turun Teks>
22 Puan Sivasangari P.Karthigai Raju N28 - Komtar Backbencher <Muat Turun Teks>
23 Puan Thiviya Manoharan N31 - Batu Lancang Backbencher <Muat Turun Teks>
24 Puan Mashitah Ismail N32 - Seri Delima Backbencher <Muat Turun Teks>
25 Puan Dr Thripurasundere K.Maharaja N33 - Air Itam Backbencher <Muat Turun Teks>
26 Puan Aniza Yahya N35 - Batu Uban Backbencher <Muat Turun Teks>
27 Puan Azizun Ismail N38 - Bayan Lepas Backbencher <Muat Turun Teks>
28 Puan Priathartsiny Balkerishna N39 - Pulau Betong Pembangkang <Muat Turun Teks>
29 Puan Sharifah I Kader Ibrahim N40 - Teluk Bahang Pembangkang <Muat Turun Teks>