PERJALANAN PROGRAM SIDANG WANITA
Klinik Kepimpinan Wanita
200 Peserta
Bengkel Pembangunan Kapasiti
100 Peserta
Bengkel Persediaan Perwakilan
40 Peserta
Hari Persidangan
40 Peserta
Fasa 1 : Klinik Kepimpinan Wanita (Sasaran 200 peserta)
Klinik Kepimpinan Wanita adalah proses pertama menghimpun semua peserta yang berdaftar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman dengan lebih mendalam tentang program serta merupakan proses penilaian awal (tapisan ke fasa 2) dalam pemilihan perwakilan untuk Sidang Wanita. Fasa 1 turut akan memberikan pendedahan dasar sistem demokrasi di Malaysia.
Fasa 2 : Bengkel Pembangunan Kapasiti (Sasaran 100 peserta)
Bengkel Pembangunan Kapasiti selama dua (2) hari dirangka untuk peserta-peserta wanita yang terpilih dari proses tapisan Jelajah Sidang Wanita pada Fasa 1 yang lalu. Bengkel ini merupakan proses tapisan terakhir untuk pemilihan peserta untuk ke hari kemuncak persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini juga telah dirangka untuk mempersiapkan peserta dengan kemahiran dan pemahaman terhadap sistem demokrasi di Malaysia selain memberikan latihan pembangunan kapasiti kepada peserta.
Fasa 3 : Bengkel Persediaan Perwakilan (Sasaran 40 peserta)
Bengkel Persediaan Perwakilan dijalankan khas untuk 40 perwakilan yang terpilih ke Fasa 4 iaitu Hari Persidangan Sidang Wanita Pulau Pinang 2023. Bengkel ini adalah sebagai persediaan kepada para perwakilan untuk lebih memahami proses menyedia dan menjawab Soalan Lisan dan Bertulis. Selain itu, peserta diberi pemahaman tentang Peraturan Mesyuarat serta format persidangan. Selepas bengkel peserta akan menjalani proses pementoran pra persidangan dalam menjalankan tugasan hari persidangan serta persediaan untuk hari persidangan.
Fasa 4 : Hari Persidangan Sidang Wanita Pulau Pinang (Sasaran 40 peserta)
Setelah melalui fasa saringan dan fasa persediaan, para peserta yang terpilih akan bersidang pada hari kemuncak yang mana mereka akan dikumpulkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan bersidang dengan menggunakan format Dewan Undangan Negeri (DUN).
APA YANG ANDA BELAJAR?
Peranan Wakil Rakyat (ADUN & MP)
Proses Penggubalan Undang-Undang
Fungsi Dewan Negara, Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri
Peranan Eksekutif dan Legislatif
Kepentingan Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan
Persidangan dengan format Dewan Undangan Negeri
Lawatan Lapangan Bersama Wakil Rakyat
Proses Penyediaan Soalan Lisan & Bertulis
Pemerkasaan Wanita dan Kepimpinan
Latihan Pengucapan Awam & Perbahasan
Pemerkasaan Wanita
Tadbir Urus Baik
Penyertaan Masyarakat
Kesaksamaan Gender
MENGAPA PERLU SIDANG WANITA?